Ada satu kaum nomad ini, mereka terkenal dengan kemahiran menunggang kuda dan pakar dalam medan pertempuran di padang rumput, sampaikan kuasa tentera mereka setanding dengan Empayar Rom dan Parsi!
Siapakah kaum nomad yang begitu menggerunkan itu? Memperkenalkan, kaum Scythia!
Kaum Scythia dikatakan berasal dari Asia Tengah atau selatan tanah Siberia, kemudian bermigrasi ke utara Laut Hitam pada abad ke-8 SM. Mereka juga dikatakan keturunan orang Indo-Iranian, iaitu kumpulan orang Iran kuno dan Aryan dari utara India.
Orang Scythia tidak sekadar terkenal sebagai orang nomad yang mahir menunggang kuda, malah mereka terkenal sebagai perompak kerana banyak negara-kota di Timur Dekat yang telah diserang oleh puak nomad ini.
Kerana kekerapan pencerobohan pasukan penunggang Scythia ini, kerajaan Assyria dan Babylonia di Mesopotamia gerun dan sentiasa berjaga-jaga agar mana-mana negara-kota mereka tidak diserang.
Walaupun puak nomad ini kuat menyerang kota, tapi mereka tidak menetap terus di kota tersebut. Mereka sekadar rampas harta benda dan terus keluar tinggalkan kota itu. Inilah budaya mereka selama bertahun-tahun lamanya. Jadi, mereka tidak ada catatan tentang penubuhan kerajaan oleh puak nomad ini.
Orang Scythia juga mahir dalam bidang perdagangan. Pada abad ke-4 SM, mereka menjadi ‘orang tengah’ antara puak-puak Eropah Tengah dan kerajaan Yunani dalam penghantaran bijirin semasa peristiwa Perang Peloponnesian.
Dari menjadi ‘orang tengah’ inilah, orang Scythia dagangkan bulu haiwan, haiwan ternakan, dan kuda kepada pedagang Yunani. Dari hubungan inilah, orang Scythia mula menetap berhampiran kota-kota milik kerajaan Yunani dan menerima seni budaya mereka.
Dalam kepercayaan, orang Scythia menyembah dewi utama bernama Tabiti dan paderi bernama Enarei ialah golongan terpenting dalam melaksanakan upacara menyembah. Mereka juga sangat menghormati wanita.
Mereka percaya wanita adalah setaraf dengan lelaki dan layak bertarung dalam medan perang! Kepercayaan ini menjadi yang pertama dalam amalan kesamarataan gender. Mungkin, di sinilah lahir pahlawan wanita Amazon dari catatan Yunani!
Selain mahir menunggang kuda, mereka juga mahir bertarung gunakan lembing, pedang, dan pisau. Sesetengah pedang mereka digunakan dalam upacara menyembah, di mana ciri-cirinya ialah bersalut emas dan diukir dengan motif haiwan.
Yang menjadikan orang Scythia sebagai kuasa yang menggerunkan ialah wujudnya pasukan tentera berkuda yang memanah. Pasukan ini sangat pantas dan mampu memanah sejauh 180 meter, menjadikan pasukan ini begitu sukar untuk ditumpaskan oleh musuh!
Kekuatan tentera Scythia terserlah dalam catatan Parsi di mana pada tahun 513 SM, pasukan tentera bawah Raja Darius I menceroboh persisiran pantai Laut Hitam. Tentera Scythia menggunakan taktik gerila untuk menyerang tentera Parsi dan di akhir pertempuran, tenter Darius I mengalami kalah teruk!
Orang Scythia semakin hari semakin jadi sebuah kuasa nomad yang berpengaruh, gerunkan ramai musuh. Tapi, setiap era kegemilangan mesti ada era keruntuhan.
Pada abad ke-3 Masihi, telah hilang orang Scythia di tanah air mereka. Di manakah mereka sebenarnya?
Pada masa itu, ramai kaum nomad lain mula menduduki utara Laut Hitam seperti kaum Goth, Celt, dan Sarmatian. Berkemungkinan besar orang Scythia telah bergabung dengan antara tiga kaum ini dan budaya serta kehidupan nomad mereka mula menghilang.
Walau bagaimanapun, kewujudan orang nomad ini telah mempengaruhi kerajaan-kerajaan di Asia Tengah dan Eropah, terutamanya dalam bidang ketenteraan. Ilmu menunggang kuda dan memanah telah diambil dan diterapkan untuk menguatkan kuasa tentera mereka.
Kalau tiada orang Scythia ini, mungkin sejarah pertempuran zaman Eropah kuno hanya melibatkan tentera infantri (berjalan kaki) saja!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih