Apabila cakap pasal tamadun Mesir Purba, mesti kita teringat dua monumen gergasi yang masih berdiri, iaitu piramid seperti Piramid Giza dan patung Sphinx. Tapi, anda tahu tak tiang batu bernama obelisk juga antara monumen terkenal dalam sejarah Mesir Purba?
Kalau tak tahu, mari kita berkenalan dengan tiang batu yang dianggap sebagai ‘tiang agama’ bagi masyarakat Mesir Purba, iaitu obelisk.
Obelisk ialah tiang batu yang dibina, biasanya dibina berpasangan sebagai gerbang kuil-kuil Mesir Purba. Menurut kepercayaan masyarakat Mesir Purba, fungsi obelisk ini pelbagai. Antaranya simbol cahaya matahari yang mewakili dewa matahari.
Dikatakan puncak obelisk diukir dengan bentuk tirus supaya cahaya matahari mengenai titik obelisk paling hujung semasa matahari terbit atau terbenam. Obelisk juga dikatakan adalah simbol titik utama dalam penciptaan alam oleh dewa pencipta bernama Atum. Bermula dari obelisk, lahirnya segala ciptaan-ciptaan seluruh alam.
Yang uniknya pasal ‘tiang agama’ Mesir Purba ini cara pembuatannya yang sentiasa menjadi perdebatan para sejarawan tempatan dan dunia. Obelisk adalah satu-satunya monumen berupa tiang yang dipahat dari batu granit merah yang bersaiz besar.
Tidak bercantum dari mana-mana batu, obelisk menjadi tiang batu yang begitu mengasyikkan dan sejarawan tercari-cari bagaimana batu granit bersaiz gergasi boleh membentuk sebuah tiang tanpa kecacatan.
Cara masyarakat Mesir Purba memahat obelisk ialah memahat batu granit menggunakan pemahat tembaga, kemudian retakkan batu tersebut dengan baji kayu yang dibasahi dengan air. Baji kayu yang basah mampu mampatkan batu sehingga retak. Dengan cara ini, mudah para pekerja keluarkan batu yang dipahat.
Obelisk yang dipahat itu kemudian dibawa oleh seratus orang pekerja dari kuari ke lokasi yang mereka nak pacak. Mereka gunakan bebola batu diorite dan aliran sungai Nil untuk memudahkan peralihan. Setibanya ke lokasi tersebut, mereka masukkan obelisk ke dalam lubang yang dipenuhi dengan pasir.
Selesai masukkan obelisk, para pekerja akan menarik hujung obelisk gunakan tali ke atas dan seimbangkannya. Beginilah cara tradisional orang Mesir Purba membina obelisk. Ada juga kumpulan saintis cuba meniru pembinaan obelisk pada tahun 1990-an, tapi hampir menjadi kerana obelisk replika mereka tak begitu menegak.
Jadi, ramai saintis mula mempersoalkan teknik tradisional pembinaan obelisk. Ada yang kata cara ini tak berapa betul dan ada teknik lain yang mungkin mereka tak temui lagi dan hanya para arkitek monumen Mesir Purba saja yang tahu.
Sekarang, teknik tradisional pembinaan obelisk masih lagi diiktiraf oleh kebanyakkan para sejarawan dan mereka perlu meneroka lagi apakah ada lagi teknik-teknik lain untuk lengkapkan pelan pembinaan obelisk ini.
Sekarang, banyak obelisk telah diambil dan menjadi monumen penting bagi negara-negara Eropah, termasuklah Amerika Syarikat setelah peristiwa penjajahan Empayar Rom. Walau bagaimanapun, obelisk masih menjadi ‘tiang agama’ yang penting dalam sejarah tamadun Mesir Purba!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih