Dalam banyak sejarah pengepungan kota dan istana, ada satu pengepungan ini mula-mula misinya hanya menakluk kota pelabuhan, tapi berakhir dengan tragedi, iaitu merebaknya Wabak Hitam!

Pengepungan yang saya maksudkan ialah Pengepungan Caffa, di mana pasukan tentera Mongol dari kerajaan Golden Horde cuba menakluk kota perlabuhan bernama Caffa di Krimea, milik kerajaan Republik Genoa dari Itali pada tahun 1340-an.

Caffa (nama moden: Feodosia) ialah sebuah kota perlabuhan yang dibina oleh para pedagang Genoa pada tahun 1266. Kota ini sangat strategik kerana bukan saja dapat menguasai aktiviti perdagangan di Laut Hitam, malah menjadi tarikan para pedagang lain dari pelbagai bangsa dan agama untuk tiba dan membina penempatan sendiri.

Di sinilah Caffa menjadi sebuah kota pelabuhan yang kaya dan mempunyai masyarakat yang majmuk. Tapi, di sebalik kegemilangan Caffa, ada kerajaan yang telah lama mengintai dan hanya tunggu masa untuk menakluknya, iaitu Golden Horde.

 

 

Semasa pemerintahan khan bernama Toqta, baginda telah berusaha untuk menakluk Caffa selama setahun tapi gagal pada tahun 1308. Selepas kemangkatan Toqta, pewarisnya bernama Özbeg Khan menaiki takhta dan mengadakan hubungan baik dengan Caffa.

Jadi, Golden Horde tidak akan ganggu Caffa selagi mana Özbeg Khan masih memerintah. Tapi, hubungan kedua-dua kerajaan sekali lagi renggang setelah kemangkatan Özbeg Khan.

Putera Özbeg Khan iaitu Jani Beg menjadi khan baru dan baginda merasakan bahawa tiba masanya untuk menakluk Caffa. Jadi, baginda membawa bala tenteranya melaksanakan Pengepungan Caffa bermula tahun 1343.

Sepanjang usaha mengepung Caffa, tentera Mongol telah banyak laksanakan taktik bertempur seperti membedil dinding dan menyerang gerbang kota, tapi semuanya gagal kerana kecekapan tentera Genoa membalas, ditambah lagi dinding kota sangat kukuh dari serangan bedil dan gunakan teknologi Api Yunani, menyembur api guna bahan kimia membakar.

Pada tahun 1347, peristiwa gelap terjadi di kem tentera Jani Beg di luar Caffa. Wabak bubonik mula merebak dalam kalangan tentera sehingga ramai yang meninggal dunia. Wabak ini membuatkan Jani Beg buntu dan sekiranya tidak dicegah, mereka terpaksa berundur dan menerima kekalahan teruk.

Tapi, Jani Beg tidak berputus asa kerana baginda ada idea yang tidak berperikemanusiaan tapi amat berkesan, iaitu jadikan mayat wabak sebagai ‘senjata’ menyerang Caffa. Mayat-mayat itu dimasukkan dalam karung dan dijadikan sebagai peluru kereta kebal kuno bernama catapult.

Karung diisi mayat wabak dilancarkan melangkau benteng kota dan menghempas ke lantai. Lama-kelamaan wabak bubonik mula menular sehingga ramai penduduk Caffa terjangkit.

Mereka berusaha membuang mayat-mayat tentera Mongol ke dalam laut tapi masih tidak berkesan. Wabak semakin menular teruk. Penduduk Caffa yang ketakutan dengan jangkitan wabak ini terpaksa melarikan diri dan tinggalkan kota.

Akhirnya, Jani Beg memenangi pengepungan ini tapi hanya sia-sia saja. Beribu-ribu tentera Mongol telah terkorban akibat jangkitan yang dibawa oleh tikus. Manakala penduduk Caffa yang melarikan diri telah pergi ke kota Genoa di Itali dan Konstantinopel.

Tanpa sedar, mereka telah membawa jangkitan kuman bubonik dan wabak sekali lagi merebak, kemudian Eropah memasuki era paling gelap, di mana seramai 50 juta orang telah meninggal dunia.

Jadi, Pengepungan Caffa adalah antara penyebab terjadinya wabak paling teruk dalam sejarah, walaupun ramai sejarawan mempertikaikan. Walaupun begitu, pengepungan ini adalah penting dalam sejarah kerana terawal menggunakan senjata biologi.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply