Kalau anda ialah peminat peta kerajaan kuno, mesti perasan ada kerajaan bernama ‘Kimäk’ atau ‘Kimek’ yang terletak di tanah Kazakhstan. Aik, lain macam nama kerajaan ni, tetiba nama kutukan dijadikan sebagai nama kerajaan. Takkan kerajaan di Kazakhstan ni ada kaitan dengan nama kutukan pula?

Sebelum kita berspekulasi pasal nama kerajaan ini, mari kita korek asal-usul kerajaan ini. Kerajaan Kimäk sebenarnya ialah kerajaan gabungan atau konfederasi Kimek-Kipchak. Aik, ada pula nama kicap ya?

Sebenarnya kerajaan konfederasi ini ialah gabungan tujuh puak Turkic, selepas kejatuhan empayar Uyghur Khaganate yang pernah menguasai utara China dan Mongolia pada pertengahan abad ke-8 hingga ke-9 Masihi.

Tujuh puak yang bergabung dan membentuk kerajaan Kimek-Kipchak ialah puak Imi, Imak, Tatar, Bayandur, Kipchak, Lanikaz, dan Ajlad. Nama Kimäk (sebut Kimek) sebenarnya dari nama ‘Iki-Imäk’ yang bermaksud dua Imak, berkemungkinan nama gabungan dua puak Imi dan Imak.

 

 

Kerajaan Kimäk-Kipchak ditubuhan pada tahun 880 Masihi, selepas kejatuhan Empayar Uyghur pada tahun 840 Masihi. Ibu kota kerajaan ini ialah Imekia dan ketujuh-tujuh puak ini diketuai oleh seorang khagan, iaitu supreme leader mengikut dunia Turkic dan Mongol.

Puak Kimäk dan Kipchak ialah puak orang Turkic yang dominan dan lari ke arah barat, menuju ke Kazakhstan. Kedua-dua puak ini bergabung (diikuti oleh lima puak lain) dan kerajaan mereka meluas dari Pergunungan Altai di timur ke padang rumput bersebelahan Laut Hitam.

Ramai sejarawan, ahli geografi, dan pengembara dari dunia Arab dan Parsi mencatatkan tentang kerajaan Kimäk-Kipchak ini apabila melalui tanah mereka. Para penulis di tanah besar China memanggil puak Kimäk-Kipchak dengan nama Chumukun.

Kerajaan Kimäk-Kipchak kemudian meluaskan jajahan di barat dengan menakluk wilayah-wilayah puak Pecheneg di utara Semenanjung Crimea, dengan bantuan puak Oguz. Selepas menghalau puak Pecheneg, akhirnya kerajaan ini menguasai seluruh Asia Tengah!

Dengan penaklukan Asia Tengah, kerajaan Kimäk-Kipchak menguasai ekonomi penternakan yang mempengaruhi sumber perdagangan di Jalan Sutera. Jadi pedagang Eropah, Parsi, dan China, termasuklah puak nomad lain seperti Scythia dan Mongol hanya perlu pergi ke kerajaan ini saja kalau nak dapatkan haiwan ternakan.

Kerana ketibaan ramai pedagang, banyak pasar dan rumah teh dibina bagi kemudahan para pedagang untuk berdagang dan beristirehat.

Tapi, kegemilangan kerajaan Asia Tengah ini tidak berkekalan lama. Pada pertengahan abad ke-11 Masihi, ancaman kuasa luar terjadi seperti Dinasti Liao yang ditubuhkan oleh puak Khitan di utara China pada tahun 916 Masihi.

Masuk ke abad ke-12 Masihi, Mongol menjadi kuasa baru menggugat kerajaan Kimäk-Kipchak. Lama-kelamaan banyak wilayah Kimäk-Kipchak dikuasai oleh Mongol. Ada juga perlawanan dari kerajaan ini tapi tak cukup kuat terhadap bilangan pahlawan Mongol yang semakin bertambah.

Bačman Khan, khagan terakhir kerajaan sempat melawan Mongol pada tahun 1299, namun akhirnya ditangkap oleh Möngke Khan, khagan keempat Empayar Mongol.

Sejak Mongol jadi kuasa besar di Asia, lenyap terus kerajaan Kimäk-Kipchak. Sekarang, hanya nama kerajaan dan catatan saja yang tinggal untuk bacaan generasi seperti kita.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply