Pagi tadi nampak perkongsian bos TP tentang game Black Myth: Wukong yang jadi permainan video paling laris sekarang. Kalau anda nak tahu, tiga industri teras yang utama (troika) di China sekarang ini adalah permainan video, novel dalam talian dan drama serta filem.

Sekarang ini pula, trend drama yang mereka hasilkan adalah adaptasi daripada novel dalam talian. Siri drama (costume drama) yang berasaskan novel ini adalah trend yang sangat popular dalam industri drama China pada masa kini.

Kenapa adaptasi daripada novel dalam talian?

Sebab utamanya adalah novel-novel dalam talian ini mempunyai tema yang sangat luas, dan kebanyakannya berfokus kepada budaya China seperti aspek mempertahankan diri (martial art), Taoisme, makanan dan budaya teh. Ia mampu memenuhi rasa ingin tahu penonton tentang sejarah, mitologi malah memenuhi plot yang diingini oleh penonton, iaitu pemikiran moden yang divisualkan dalam bentuk fantasi sejarah.

Sastera dalam talian Cina, banyak mengangkat keaslian budaya Cina dan telah menjadi saluran untuk menceritakan kisah masyarakat dan menyebarkan suara China. Kebanyakan novel dalam talian ini pula mudah diakses oleh peminat luar negara, dan membantu peminat asing untuk lebih kenal dan memahami budaya tradisional China.

Tahun 2023 menyaksikan peningkatan pesat dalam populariti kesusasteraan dalam talian di China. Siri TV yang diadaptasi daripada novel hit popular dan drama pendek yang juga berdasarkan beberapa karya sastera paling popular telah mendapat perhatian khalayak global dan industri yang berkaitan.

Saya ambil satu contoh yang popular pada 2023 iaitu drama Lost You Forever  (Chang Xiang Si) yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama karya Tong Hua. Penulis ini jugalah yang hasilkan novel Scarlet Heart yang jadi drama pada 2011 dan diadaptasi pula ke Korea sebagai Scarlet Heart Ryeo lakonan IU.

Dalam novel LYF ini ada banyak sangat mitologi China seperti jelmaan rubah berekor sembilan, ular berkepala sembilan dan dewa dewi. Kesemua mitologi ini dipaparkan dengan gaya kontemporari dengan tambahan elemen persahabatan dan cinta. Novel ini juga boleh dibaca dalam talian oleh peminat seluruh dunia.

Selain daripada genre fantasi, trend adaptasi novel ini juga banyak bertumpu kepada genre wuxia (seni pertahanan diri dan kesateria) yang lebih memaparkan aksi dalam penceritaannya. Contoh yang paling popular pada tahun 2023 bagi adaptasi novel wuxia ini adalah siri Mysterious Lotus Casebook yang turut menggabungkan elemen penyiasatan selain daripada keaslian seni mempertahankan diri.

China Literature, iaitu unit penerbitan dalam talian bagi Tencent banyak mencari peluang untuk menjual hak adaptasi novel dalam talian mereka kepada pembikin drama dan pembangun permainan video. Unit penerbitan ini menawarkan khidmat pasaran e-buku seperti Kindle serta perkhidmatan e-pembaca yang boleh diakses melalui WeChat Tencent.

Trend ini semakin berkembang dan konten budaya yang ‘dijual’ oleh China ini mendapat penerimaan positif oleh penonton global. Jelaslah bahawa keluhuran budaya Cina telah dipaparkan dengan baik dengan adaptasi novel kepada drama ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply