Wanita tidak dibenarkan bersekolah, apatah lagi belajar menulis dan membaca. Mereka perlu mematuhi amalan patriarki Tiga Ketaatan dan hanya perlu tinggal di rumah sahaja. Namun, ia tidak menghalang mereka mencipta tulisan khas untuk wanita, eksklusif untuk mereka bercerita dan menenangkan hati mereka.
Nüshu secara literalnya bermaksud “tulisan wanita” dalam bahasa Cina. Hari ini ia adalah satu-satunya skrip dunia yang direka dan digunakan secara eksklusif oleh wanita. Ia asalnya dicipta oleh wanita luar bandar di lembah Sungai Xiao, Jiangyong di wilayah Hunan China, di mana terdapat campuran budaya Han dan tradisi Yao.
Ada sesetengah pakar percaya nüshu berasal dari dinasti Song (960-1279) atau mungkin Dinasti Shang lebih 3,000 tahun dahulu. Tulisan ini diturunkan daripada ibu kepada anak perempuan mereka dan diamalkan oleh saudara perempuan dan rakan-rakan dalam masyarakat feudal China yang ketika itu sering dinafikan peluang pendidikan.
Nüshu ialah skrip fonetik yang dibaca dari kanan ke kiri yang mewakili gabungan empat dialek tempatan yang dituturkan di kawasan Jiangyong. Setiap simbol mewakili suku kata dan ditulis menggunakan batang buluh yang diasah dan dakwat dihasilkan daripada sisa hangus yang ditinggalkan dalam kuali.
Ia banyak dipengaruhi oleh aksara Cina, gayanya lebih memanjang dengan garisan melengkung seperti benang yang condong menyerong ke bawah dan kadangkala dirujuk sebagai “tulisan nyamuk” oleh penduduk tempatan kerana paparan tulisannya yang kurus.
Menariknya, tulisan ini bukan sahaja ditulis pada kertas dan kipas wanita, malah disulam pada pakaian dan tali pinggang. Penggunaan nüshu yang paling awal adalah pada syiling gangsa bertarikh antara 1851 dan 1864, yang menyatakan “semua wanita di dunia adalah ahli keluarga yang sama.”
Selama beratus-ratus tahun selepas itu, tulisan ini tidak diketahui oleh dunia luar, sehinggalah tahun 1980-an. Nüshu adalah cara untuk wanita mengatasi kesukaran dalam rumah tangga dan bersosial dengan rakan-rakan sekampung.
Walaupun hanya ditulis pada sapu tangan, pakaian atau tali pinggang, dan tidak dituturkan dalam percakapan harian, wanita yang tahu tulisan nüshu ini akan menyanyikan lagu atau puisi dalam majlis sosial menggunakan frasa dan ungkapan nüshu. Malah, nüshu juga digunakan untuk mengarang autobiografi tentang sengsara yang mereka alami dan air mata yang mereka curahkan akibat ketidakadilan.
Walaupun ia asalnya adalah untuk wanita yang buta huruf, tapi dipercayai nüshu juga menjadi kod simbol penentangan terhadap masyarakat yang sangat patriarki ketika itu. Kerana waktu itu, wanita tidak boleh bercakap secara terbuka tentang kesusahan dan kesedihan mereka.
Nüshu menjadi saluran untuk wanita dan membantu mewujudkan ikatan persahabatan sesama wanita yang sangat penting dalam masyarakat yang didominasi lelaki. Hari ini, artifak asli Nüshu jarang ditemui, kerana banyak yang musnah semasa Revolusi. Tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, ada usaha memulihkannya dalam bentuk filem, simfoni dan kesusasteraan.
Pada tahun 2002, nüshu telah dimasukkan ke dalam Daftar Warisan Dokumentari Kebangsaan China. Pada tahun 2006, Majlis Negeri menyenaraikan nüshu sebagai warisan budaya tidak ketara negara. Sebuah muzium nüshu juga telah dibina di Pulau Puwei, daerah Jiangyong, pada Mei 2007.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih