Kemeriahan Olimpik Paris 2024 kali ini nampaknya bukan hanya bertumpu kepada para atlet serta perlawanan yang mendebarkan. Malah, terdapat juga isu berkaitan dengan kemudahan para atlet, terutamanya tentang makanan.
Entah kenapa, Olimpik Paris ini mengundang banyak rungutan dalam kalangan atlet yang berada di sana sepanjang acara berlangsung. Makanan telah menjadi masalah utama di Perkampungan Olimpik di Paris, dengan laporan tentang kekurangan makanan dan hidangan daging yang tidak masak.
Realiti isu makanan di perkampungan Olimpik terbukti kurang sesuai untuk sesetengah atlet Olimpik. Isu ini jadi hal besar kerana atlet mempunyai diet yang tertentu, dan kebanyakan mereka mahu lebih banyak pilihan daging dalam hidangan mereka.
Penganjur di Paris kononnya komited nak letakkan menu yang tunjukkan iklim, mementingkan makanan tempatan, bermusim serta berasaskan tumbuhan untuk membezakannya daripada Sukan Olimpik sebelumnya. Tapi, nampaknya, rungutan atlet telah mengubah menu yang mereka sediakan.
Syarikat katering Perancis yang bertanggungjawab dalam sediakan hidangan di Olimpik Paris ini, iaitu Sodexo Live telah mengumumkan bahawa mereka akan meningkatkan kuantiti sumber protein yang popular, seperti telur dan daging panggang, sebagai maklum balas kepada aduan atlet.
Etienne Thobois, iaitu CEO Sukan Olimpik Paris berkata yang pihaknya telah menambahkan protein haiwan, dengan 700 kilo telur dan satu tan daging, untuk memenuhi permintaan para atlet.
Bagi sesetengah atlet yang memang mengamalkan diet berasaskan sayur atau tumbuhan, perubahan menu yang bertumpu kepada tumbuhan ini memang diterima baik. Namun, isunya kini, bukan semua atlet begitu.
Pasukan Great Britain yang paling lantang merungut tentang makanan. Pada malam sebelum Majlis Perasmian, ketua eksekutif Persatuan Olimpik British, Andy Anson mengkritik kualiti dan ketersediaan makanan. Katanya, jumlah protein dan karbohidrat yang tidak mencukupi untuk atlet. Rungutan ini menyebabkan pasukan ini telah membawa chef tambahan mereka sendiri untuk menampung pilihan makanan atlet mereka.
Pasukan Jerman juga ada buat aduan tentang hal makanan di Paris ini. Kata mereka, bukan sahaja kualiti makanan yang tidak bagus, malah kuantiti makanan juga agak kurang kerana terdapat terlalu ramai orang yang datang makan pada masa yang sama.
Jika diikutkan, dalam Olimpik sebelum ini pun, ada isu tentang makanan ini. Dalam Olimpik Beijing 2008, ramai pasukan bawa bekalan sendiri kerana risau isu keselamatan makanan, manakala sewaktu Olimpik Tokyo, penganjur memohon maaf akibat pengeluaran lebih 175 tan sisa makanan.
Begitulah, tiada tempat yang lebih baik berbanding negara sendiri. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Agaknya, jika Malaysia jadi tuan rumah Olimpik, ramailah Mat Saleh yang kemaruk dengan nasi lemak dan roti canai kita.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih