Pada usia muda, dia pernah memasang impian untuk menjadi atlet di Olimpik. Namun, peraturan di negara asalnya telah menghancurkan impiannya. Selama lebih 30 tahun dia berpegang kepada impiannya dan akhirnya dia berjaya pada usia 58 tahun!

Zeng Ziying adalah contoh klasik tentang  usaha yang pastinya tidak mengkhianati hasil. Kisahnya dipenuhi dengan pelbagai liku yang tidak dijangka. Pada usia 18 tahun, Zeng berada di puncak sukan pingpong, dianggap sebagai salah satu pemain terbaik di dunia.

Namun, perubahan peraturan dalam sukan ini, yang beralih daripada pemukul dua belah kepada satu belah, mengubah permainannya dan menyebabkan dia dikeluarkan daripada pasukan Olimpik China. Kecewa, dia bersara daripada sukan tersebut pada usia 20 tahun.

Dia akhirnya berhijrah ke Chile dan mula menjadi jurulatih pingpong di negara asing itu. Tahun 2000, dia bersara kerana ingin beralih kepada bidang perniagaan demi kelangsungan hidup.

Selama 20 tahun dia berhenti bermain pingpong, dan fokus kepada perniagaan perabot miliknya di Iquique, sebuah bandar kecil di utara Chile.

Namun, COVID-19 mengubah segalanya. 20 tahun berlalu tanpa dia menyentuh bet pingpong, sehinggalah pandemik COVID-19 memberinya inspirasi untuk kembali kepada sukan yang pernah dicintainya. Dia membeli sebuah meja dan mula bermain semula.

Apabila keadaan semakin pulih, Zeng mula mula menyertai kejohanan sekali lagi, dan menang. Dia tidak pasti Sukan Olimpik boleh menerima atlet yang berusia sepertinya, namun, apabila melihat nama beberapa pesaing lamanya dalam senarai, Zeng semakin yakin.

Dan impiannya kembali mekar. Zeng bercita-cita mahu memasuki Olimpik 2024. Zeng akhirnya debut  dan menjadikannya salah seorang atlet tertua dalam Sukan Olimpik kali ini.

“Ia adalah impian terbesar dalam hidup saya. Sejak saya kecil, apabila ada yang bertanya tentang impian saya, jawapannya tetap sama, iaitu menjadi atlet Olimpik.”

Paling manis, penampilan pertamanya di Olimpik ini telah disaksikan oleh suami dan dua anak lelaki serta bapanya yang berusia 92 tahun, yang terbang jauh dari China untuk melihat impian anaknya tercapai.

Banyak perkara di dunia ini yang kita fikir tidak masuk akal. Namun, seperti yang diterangkan dalam buku Same As Ever, masa lalu boleh membimbing kita untuk mengubah diri kita pada hari ini. Mengenang masa lalu serta mengambil iktibar daripadanya agar kita menjadi orang yang lebih baik.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply