Dalam dunia ini kita memang selalu dengar tentang orang genius. Si genius biasanya ada idea luar kotak yang mungkin tak dapat diterima oleh orang biasa, tapi selalunya idea gila inilah yang bawa kejayaan besar buat mereka.
Dalam salah satu bab buku Same As Ever ada menyebut bahawa manusia yang genius ini sebagai mereka yang mempunyai minda yang bebas. Maknanya mereka ini boleh memikirkan dunia dengan cara yang unik.
Walt Disney adalah salah seorang genius yang ramai orang anggap dia gila ketika zamannya. Bayangkanlah, dia buka syarikat animasi tanpa sebarang pengalaman dan latihan dalam animasi, dan hanya kerana minat semata-mata. Sebab itulah, syarikat animasi pertamanya ini jatuh bankrap!
Walt Disney ini sepanjang kerjayanya membuka syarikat animasi, setiap ideanya sentiasa dianggap gila oleh orang lain. Ada dua cerita idea gilanya yang paling diingati.
Yang pertama, pada zaman syarikat animasinya berkembang, waktu itu kartun yang disiarkan pendek sahaja durasinya, tapi Walt Disney ini terfikir satu idea baharu. Dia nak hasilkan kartun yang berdurasi panjang, dan menyamai sebuah filem!
Ini memang idea luar biasa dan mereka yang tahu tentang idea ini menganggap Walt Disney sudah gila kerana berimpian sebegitu. Mereka mengatakan yang tiada siapa yang akan duduk menonton keseluruhan filem kartun; ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal!
Namun Walt Disney meneruskan juga ideanya itu. Dia telah menghabiskan empat tahun demi menghasilkan kartun berdurasi panjang yang diinginkannya sehingga habis semua wangnya. Malah, untuk memohon pinjaman bank, dia terpaksa menunjukkan bahan awal yang belum siap kepada pihak bank.
Dan, akhirnya, filem impiannya ditayangkan pada tahun 1937. Ya, filem Snow White and The Seven Dwarfs yang disenaraikan sebagai antara 100 filem agung Amerika, malah Albert Einstein sendiri pernah komen bahawa filem ini sebagai “filem terhebat yang pernah dihasilkan.”
Kisah kedua pula, ketika Walt Disney nak cipta satu tempat khas buat ibu bapa agar boleh bawa anak-anak menikmati pengalaman menyeronokkan seumpama berada di dunia fantasi. Ya, Disneyland.
Walau syarikatnya menanggung hutang yang menimbun akibat impian nak buka Disneyland, namun ia sangat berbaloi. Disneyland pertama dibuka pada 1951, dan hutang menggunung dilunaskan dengan kejayaan besar taman tema yang dianggap sebagai ‘tempat paling gembira di bumi.’
Kisah idea luar biasa Walt Disney ini adalah contoh seseorang yang mampu mencapai perkara-perkara hebat apabila dia mampu mengambil risiko yang boleh memakan diri. Sudah pasti, orang sebegini turut memiliki karakter yang luar biasa. Itulah sebabnya mereka berjaya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih