Walaupun selepas 10 tahun kejadian ini berlaku, ia masih diratapi oleh seluruh rakyatnya. Apatah lagi, ia mengorbankan 304 nyawa, dan 250 orang daripadanya adalah pelajar sekolah.

Seperti mana yang dijelaskan secara terperinci dalam buku Same As Ever, iaitu risiko adalah sesuatu yang kita tak dapat jangka dan lihat, begitu jugalah halnya yang berlaku dalam insiden Sewol ini.

Dalam kejadian pada 16 April 2014 itu, siasatan berterusan yang dijalankan mendapati bahawa pada hari Sewol karam, feri itu penuh dengan muatan sehingga membahayakannya. Malah, muatan juga tidak disimpan dengan baik di kawasan simpanan. Apabila feri ini membelok, beberapa kargo itu beralih lalu menyebabkannya hilang keseimbangan, terbalik, lalu karam di lautan.

Kapten Sewol, Lee Joon Seok meninggalkan feri itu ketika dalam keadaan genting dan hanya diuruskan oleh orang bawahannya yang sangat mentah. Malah, mereka yang menguruskan ini bertegas mahu para penumpang kekal dalam kabin masing-masing meskipun air naik semakin tinggi. Tiada langsung arahan pemindahan yang dibuat.

Para penumpang tetap jua menuruti arahan anak kapal. Meskipun nyawa mereka menjadi pertaruhan. Mereka menanti, dan menanti, agar ada pihak mampu menyelamatkan mereka ketika itu.

Jadi, apa yang kita belajar daripada kejadian Sewol ini?

Insiden ini membuktikan ulasan Morgan Housel dalam Same As Ever bahawa manusia memang boleh membuat jangkaan atau ramalan terhadap sesuatu perkara kecuali peristiwa mengejutkan yang berlaku pada masa depan, sedangkan itulah yang terpenting.

Inilah risiko besar yang biasanya sukar untuk dilihat oleh mereka yang bertanggungjawab ketika itu. Akibat tiada sesiapa yang melihatnya dan tiada sesiapa yang bersedia untuknya, maka, kejadian ini telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah.

Melalui kejadian Sewol ini, para penyiasat menyimpulkan bahawa disebabkan terlalu mengejar keuntungan dengan muatan yang berlebihan berbanding aspek keselamatan, telah membawa kepada karamnya feri ini.

Beberapa orang yang bertanggungjawab telah dibawa ke muka pengadilan. Termasuklah bekas presiden ketika kejadian berlaku, iaitu Park Geun Hye yang tidak ambil peduli tentang kejadian ini dan tidak melakukan tindakan pantas untuk mengatasinya.

Namun, ada perkara yang berubah selepas 10 tahun kejadian ini? Sepuluh tahun mungkin telah berlalu sejak Sewol tenggelam, tetapi keadaan keselamatan di Korea Selatan hanya sedikit sahaja yang berubah.

Kejadian rempuhan maut akibat kesesakan ramai di Itaewon seumpama tragedi Sewol yang berulang semula. Dan, pastinya tiada sesiapa mahu ia berlaku lagi.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply