Bila tiba Hari Raya Haji, setiap tahun mesti tular di laman sosial mengenai video daging korban yang berdenyut-denyut selepas dipotong.

 

Dan macam biasa ramai netizen memberikan pendapat. Ramai yang cakap ianya kesan muscle memory.

 

Tapi sebenarnya ianya kurang tepat. Daging ni berdenyut disebabkan oleh fenomena yang dikenali sebagai rigor mortis.

 

Apa sebenarnya rigor mortis ni?

 

Rigor mortis berlaku kerana hilangnya adenosin trifosfat (ATP) daripada otot haiwan atau manusia selepas kematian.

 

ATP digunakan untuk memisahkan ikatan aktin dan miosin dalam otot supaya otot boleh berehat.

 

Apabila proses metabolisme terhenti selepas mati, ATP pun berhenti terbentuk. Badan pun dengan perlahan-lahan menjadi kaku apabila jumlah ATP dalam otot berkurang.

 

Rigor mortis biasanya bermula dalam tempoh dua hingga enam jam selepas mati, bermula dengan otot-otot kecil seperti kelopak mata, leher, dan rahang sebelum merebak ke otot-otot yang lebih besar.

 

Proses ini dipengaruhi oleh faktor seperti suhu persekitaran, umur, dan keadaan fizikal haiwan tersebut.

 

Fenomena rigor mortis dalam daging korban yang masih segar boleh menyebabkan pergerakan selepas dipotong.

 

Ini berlaku kerana otot-otot tersebut masih mempunyai sejumlah kecil ATP yang menyebabkan pengecutan sementara sebelum akhirnya menjadi kaku sepenuhnya.

 

Dalam konteks ibadah korban, pengetahuan mengenai rigor mortis ini penting untuk memastikan bahawa daging yang diagihkan masih dalam keadaan segar dan selamat untuk dimakan.

 

Jadi, kita dapat lihat rigor mortis merupakan fenomena semula jadi yang berlaku selepas kematian dan bukan sesuatu yang perlu dirisaukan. Ia sebenarnya menandakan bahawa daging korban tersebut masih segar.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Nak tahu dengan lebih lanjut tentang fakta aneh sains biologi dan haiwan? Cuba korang baca buku BIOLOGIA terbitan kami! Link pembelian: https://shope.ee/4KtY6RfzYf


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply