Baru-baru ini, ada tak anda mendengar lagu propaganda Kim Jong-un? Lagu yang macam lagu opening anime tu dah jadi tular di media sosial.
Dengan irama synth-electro, lagu berjudul “Friendly Father” jadi terkenal di kalangan Gen Z.
“Ayuh nyanyikan Kim Jong-un, pemimpin hebat/Mari kita banggakan Kim Jong-un, ayah kita yang ramah.”
Ramai yang tak sedar makna liriknya. Padahal, di balik lagu pop yang ceria tu ada sesuatu yang lebih menakutkan.
“Friendly Father” hanyalah satu dari banyak lagu propaganda yang dibuat oleh pencipta lagu pop Korea Utara dalam 50 tahun terakhir.
Lagunya ceria, dengan irama yang energik dan mudah diingat. Irama dan hook-nya mirip dengan lagu-lagu pop Barat, walaupun ada ciri-ciri khas lagu era Soviet.
Namun ada peraturan asas bila menulis lagu yang bertujuan untuk mempengaruhi fikiran. Liriknya tak perlu rumit. Melodi mesti mudah diingat. Nadanya dalam vokal tertentu supaya semua orang boleh menyanyikannya. Lagu propaganda juga jarang penuh emosi.
Di Korea Utara, tak ada kebebasan terhadap seni atau kreativiti. Semuanya di bawah kawalan kerajaan. Pemuzik, pelukis dan penulis yang menghasilkan karya hanya demi seni akan dianggap melakukan jenayah. Semua hasil seni di Korea Utara mesti menunjukkan rasa syukur dan setia kepada parti.
Setiap pagi, warga Korea Utara bangun dengan mendengar lagu-lagu propaganda yang dinyanyikan di dataran bandar. Lembaran lagu dan lirik lagu terbaru dicetak di surat khabar dan majalah. Semakin lama, ideologi propaganda kerajaan akan meresap dalam minda rakyatnya.
Di luar Korea Utara, fenomena yang sama mungkin dapat dilihat di media sosial. Populariti lagu tu juga buat lebih ramai orang dengar lebih banyak muzik propaganda Korea Utara.
Namun bagi pemerhati politik Korea Utara, lagu berdurasi tiga minit ni ada petunjuk tersendiri.
Rejim Korea Utara ada tradisi menyampaikan perubahan besar di negaranya melalui lagu-lagu. Disebabkan itu, mesej dalam “Friendly Father” menimbulkan kebimbangan bagi sesetengah orang.
Ini bukan lagu pertama yang didedikasikan untuk Kim Jong-un. Namun ada perubahan nyata dalam bahasa dan kosa kata yang digunakan.
Untuk pertama kalinya, Kim Jong-un disebut sebagai “ayah” dan “Yang Agung.” Istilah ni sebelumnya digunakan untuk pemimpin pertama Korea Utara, Kim Il-sung, datuk Kim Jong-un.
Kim Jong-un sebelum ini digelar sebagai “Penerus Hebat” ketika beliau ambil alih kuasa pada 2012 setelah kematian ayahnya, Kim Jong-il.
Namun, setelah lebih dari satu dekad, para penganalisis berpendapat bahawa hal ini mungkin merupakan tanda bahawa beliau sedang memperkuat impiannya sebagai “Pemimpin Tertinggi” Korea Utara. Muzik boleh menjadi petanda ke mana Kim Jong-un mengarah.
Oleh: Azizul Farhan
___
Tertanya-tanya bagaimana ahli politik memenangi hati rakyat? Dapatkan SENI PROPAGANDA di Shopee kami dengan diskaun RM7 terhad sehingga 15 Jun hanya ada di Shopee kami!
https://s.shopee.com.my/1LKNh8JIEM
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih