Sejak Yuri Gagarin berjaya ke angkasa, semakin banyak manusia mengikuti jejak langkah yang sama. Di angkasa, mereka mengalami pelbagai pengalaman. Salah satunya adalah mencium bau angkasa.
Tapi adakah angkasa benar-benar berbau?
Angkasawan kita belum cukup berani untuk membuka sut mereka semata-mata untuk mengesan bau angkasa.
Angkasa asasnya merupakan vakum yang tiada udara, jadi secara teknikalnya, anda tak boleh cium apa-apa bau di angkasa. Senang kata kalau buat, anda akan mati.
Namun, angkasa bukanlah sepenuhnya vakum. Ia penuh dengan molekul dan ada diantaranya mempunyai bau yang kuat apabila kita mencium angkasawan yang baru selesai misi angkasa.
Sebenarnya, angkasa memang mempunyai bau. Cara untuk mengetahui sama ada angkasa berbau atau tidak agak mudah.
Semasa pendaratan bulan Apollo, angkasawan bagi komen tentang bau seperti belerang bila mereka kembali ke dalam kabin.
Begitu juga, selepas melakukan kerja luar angkasa, angkasawan yang kembali ke dalam kabin ISS akan cakap ada bau belerang dan daging hangus.
Jadi, apakah yang berlaku? Daripada mana datangnya bau tersebut?
Saintis mempunyai dua teori. Satunya, semasa angkasawan buat kerja luar angkasa, atom tunggal oksigen boleh melekat pada sut angkasawan mereka.
Dan apabila mereka kembali ke dalam kabin, molekul oksigen dalam kabin bergabung dengan atom oksigen tunggal dari luar untuk membentuk ozon atau O3.
Jadi bagaimana pula dengan bau-bau yang lain? Mungkin ada perkara lain yang berlaku.
Polisiklik Aromatik Hidrokarbon (PAH) yang terdapat dalam makanan yang hangus seperti roti bakar hangus dan daging bakar juga biasanya ada di angkasa.
Pada tahun 2008, NASA mengarahkan Steven Pearce, seorang ahli kimia di Omega Ingredients yang juga merupakan pakar dalam wangian untuk menghasilkan semula bau-bau angkasa untuk angkasawan yang masih dalam latihan.
Hal ini kerana seorang angkasawan perlu dapat membezakan di antara bau PAH di sut angkasawan mereka dan bahan kimia berbahaya yang bocor di dalam stesen angkasa.
Angkasawan Agensi Angkasa Eropah dari misi yang mendarat di komet 67/Churyumov-Gerasimenko pada tahun 2014 pula mengatakan bahawa bau angkasa mirip dengan campuran telur busuk dan kencing kucing.
Secara keseluruhan, ruang angkasa berbau seperti benda yang hangus dan busuk. Untuk tahu dengan pasti, anda perlu pergi ke angkasa dan mencium sendiri.
Oleh: Azizul Farhan
___
ANGKASA RAYA: KEJADIAN AGUNG bakal membawa anda terbang mengembara ke angkasa lepas untuk faham tentang teori kerelatifan, lohong hitam dan banyak lagi!
Dapatkan dengan DISKAUN RM7 terhad sehingga 15 Jun hanya ada di Shopee kami!
https://s.shopee.com.my/7fERKWa1n2
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih