Revolusi Perancis menyaksikan kemunculan Napoleon Bonaparte, seorang ketua tentera dan pemimpin politik terkenal.

 

Beliau jadi Maharaja Perancis dari tahun 1804 hingga 1814 dan membawa perubahan besar di seluruh Eropah, termasuk pemansuhan feudalisme dan penyebaran toleransi agama.

 

Pada 1796, Napoleon hanyalah salah seorang daripada ramai jeneral yang mengetuai tentera republik memasuki wilayah Itali.

 

Namun, tiga tahun kemudian, beliau muncul sebagai pemimpin yang dihormati. Kejayaan ini disebabkan oleh kebolehannya membentuk popularitinya melalui propaganda dan manipulasi pendapat awam.

 

Napoleon menerbitkan “Bulletins Napoleon” dari Grande Armée yang ditulis di bawah pengawasannya. Ia mengandungi arahan kepada tentera, deklarasi, surat, dan cerita yang mengagungkan kemenangan dirinya.

 

Buletin ini membesar-besarkan kehebatannya di medan perang sambil menutup kelemahannya.

 

Buletin ini dicetak dalam akhbar rasmi Le Moniteur Universel, disalin kepada pegawai kerajaan, dan ditampal di dinding gereja, dataran bandar, dan dewan bandaran.

 

Akhbar di seluruh dunia mencetak semula sebahagian atau keseluruhan buletin ini.

 

Walaupun buletin ini kadangkala menjadi bahan jenaka di kalangan warga Paris dengan ungkapan “Dusta seperti Bulletins”, buletin ini tetap menjadi sumber inspirasi utama bagi tentera.

 

Napoleon menggunakan propaganda secara efektif. Sekiranya pertempuran bermula dengan buruk, beliau akan mengingatkan kemenangan pertempuran yang lalu.

 

Bahkan kegagalan dalam Pengepungan Kota Acre di Syria pada tahun 1799, beliau mengeluarkan buletin yang mengumumkan bahawa beliau telah memusnahkan Kota Acre hingga menjadi “padang jarak padang tekukur.”

 

Napoleon dan tenteranya disambut pulang seperti pahlawan yang menang. Wayne Hanley, dalam bukunya “The Genesis of Napoleonic Propaganda, 1796–1799,” mengkaji bagaimana Napoleon memanipulasi akhbar untuk memastikan imejnya kekal positif dan mengelakkan kritikan sepanjang pemerintahannya.

 

Pada tahun 1796, sebagai jeneral berusia 26 tahun, beliau mengetuai tentera dari barisan depan dan mengusir tentera Austria keluar dari selatan Itali.

 

Melalui dua akhbar yang diusahakannya, terdapat perumpamaan pemujaan: “Dia terbang seperti kilat, dan menyerang seperti petir.”

 

Pada zamannya, kebebasan akhbar dikawal untuk mengekalkan kuasanya. Mana-mana bahan bercetak yang tidak selari dengan kehendak Napoleon akan ditutup.

 

Untuk mengurangkan kontroversi agama, beliau mewujudkan Journal des Cures bagi menggantikan semua akhbar yang telah disekat. Apabila Napoleon mula berkuasa pada tahun 1804, terdapat 73 akhbar di Paris; pada tahun 1810, hanya tinggal 4 akhbar sahaja.

 

Robert Holtman, dalam bukunya “Napoleonic Propaganda,” menegaskan bahawa Napoleon memberikan dua sumbangan utama kepada perkembangan propaganda.

 

Beliau merupakan raja pertama yang bercakap dengan rakyatnya secara langsung melalui buletin dan menggunakan jentera kerajaan secara sistematik untuk tujuan propaganda yang mengagungkan dirinya.

 

Selain mengawal penerbitan akhbar, cara lain untuk mengawal pendapat awam adalah melalui penapisan. Surat, akhbar, teater, kesenian, dan buku disaring dengan ketat.

 

Secara keseluruhannya, Napoleon menggunakan strategi “serampang dua mata,” iaitu propaganda tulisan dan penapisan, yang memainkan peranan penting dalam membolehkannya berkuasa.

 

Praktik propaganda seperti yang dilakukan oleh Napoleon masih digunakan oleh para propagandis hari ini melalui media sosial seperti Twitter dan Facebook. Niat yang sama dengan cara berbeza.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Tertanya-tanya bagaimana ahli politik memenangi hati rakyat? Dapatkan SENI PROPAGANDA di Shopee kami dengan diskaun RM7 terhad sehingga 15 Jun hanya ada di Shopee kami!

 

https://s.shopee.com.my/1LKNh8JIEM


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply