Mungkin ramai yang dah lupa, terdapat sebuah kapsul masa yang ditanam oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya seberang sahaja daripada lokasi PBAKL iaitu di dalam Sunway Putra Mall.

 

Kapsul masa tersebut telah ditanam pada 12 Jun 1987 oleh Dr. Mahathir semasa majlis perasmian bangunan pusat membeli-belah The Mall, yang kini dikenali sebagai Sunway Putra Mall selepas dimiliki oleh kumpulan syarikat Sunway Berhad mulai 1 Mei 2013.

 

Kapsul itu dijadualkan untuk dibuka pada tahun 2087, iaitu 100 tahun selepas ia ditanam.

 

Menurut jurucakap pengurusan Sunway Putra Mall, kapsul masa tersebut kini selamat disimpan di pejabat Pengurus Besar bangunan itu.

 

Walau bagaimanapun, pihak pengurusan memberi jaminan bahawa mesej Tun Mahathir akan tetap disampaikan kepada generasi akan datang pada tahun 2087.

 

Yang ini lama lagi baru kita boleh tengok. Tapi ada beberapa lagi kapsul masa ditanam oleh Tun Dr. Mahathir yang sepatutnya dah dibuka pada tarikhnya, tetapi masih sepi diam membisu tanpa khabar berita.

 

Antara yang paling ditunggu-tunggu mestilah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam di Monumen Alaf Baru atau Tugu Milenium (Millennium Monument) terletak di Presint 2, Putrajaya.

 

Kapsul ini sepatutnya dibuka pada 29 Ogos 2020 semasa Sambutan Jubli Perak Putrajaya disempurnakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu tokoh bertanggungjawab membuka Putrajaya 25 tahun lalu.

 

Tetapi 2020 sudah berakhir begitu sahaja. Perancangan yang disebutkan sebagai Wawasan 2020 tidak berlaku di depan mata kita, melainkan tahun itu adalah tahun negara serta dunia diserang wabak COVID-19.

 

Bukan ini sahaja kapsul masa yang ditanam oleh beliau. Mengikut jadual, dua kapsul masa tersebut sepatutnya dibuka pada 2018.

 

Kapsul tersebut ditanam di Hentian Rehat & Rawat (R&R) Rawang pada 8 September 1994. Tun Dr. Mahathir menanam kapsul tersebut di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara.

 

Batu yang terletak di kawasan R&R itu tertulis sebuah kapsul yang mengandungi dokumen-dokumen ditanam Tun M bersempena acara Perasmian Penyempurnaan Lebuhraya Utara-Selatan pada 8 September 1994 dan sepatutnya dikeluarkan selepas tamat tempoh Konsesi Lebuhraya Utara-Selatan pada 31 Mei 2018.

 

Bagaimanapun tempoh konsesi dilanjutkan sehingga 2030 dalam perjanjian konsesi tambahan dan sekali lagi dipanjangkan ke 2038 melalui perjanjian konsesi tambahan ke-3. Sehingga kini kapsul ini masih belum dibuka.

 

Satu lagi kapsul masa yang dijadual dibuka pada tahun sama ialah yang ditanam bersebelahan mini teater di Menara KL. Kapsul tersebut ditanam pada 1 Oktober 1996. Namun, nasibnya sama sahaja, sehingga kini diam seribu bahasa.

 

Namun, ada juga kapsul yang bukan ditanam Tun Mahathir, terdapat dua Kapsul Masa di Bursa Malaysia yang ditanam Perdana Menteri Malaysia sekarang, Dato’ Sri Anwar Ibrahim dan Tun Daim Zainuddin ketika memegang jawatan dalam kabinet pada 1987 yang ketika itu memegang jawatan Menteri Pendidikan dan Menteri Kewangan.

 

Kapsul ini sepatutnya dibuka pada tahun 2020. Tetapi, nasib mengenai kapsul-kapsul tersebut kini dalam ‘tangan’ Pejabat Perdana Menteri yang boleh memberikan tarikh pembukaannya.

 

Bagaimanapun, persoalannya, bila kesemua kapsul ini akan dibuka atau ia akan terus dilupakan begitu sahaja?

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Bagi anda yang tidak berpeluang untuk menjengah ke reruai kami di PWTC, jangan khuatir kerana kami juga mengadakan Jualan PBAKL Online 2024 di Shopee dan Tiktok kami dengan DISKAUN sepanjang berlangsungnya PBAKL!

 

Link Shopee: https://s.shopee.com.my/B8FKPOCBW


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply