Tak jauh daripada lokasi PBAKL di PWTC, ada sebatang jalan yang sangat popular yang semua orang KL tahu nama jalan ni iaitu Jalan Raja Laut.

 

Tapi siapa sebenarnya Raja Laut ni?

 

Raja Laut sebenarnya adalah seorang pembesar di Negeri Selangor.

 

Raja Laut dilahirkan pada tahun 1850 dan merupakan anak kedua Sultan Selangor ke-3, Almarhum Sultan Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah, serta anak saudara kepada Sultan Selangor ke-4, Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah.

 

Almarhum dikenali sebagai ‘Laut’ kerana dikatakan dilahirkan ketika ibunya berada di perairan sekitar Lukut.

 

Raja Laut terkenal sebagai ketua masyarakat Melayu di Kuala Lumpur pada tahun 1880 dan merupakan salah seorang yang menyelesaikan banyak masalah pada masa itu.

 

Almarhum yang tinggal di Kampung Rawa, pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Negeri Selangor dan bertindak sebagai hakim dan penghulu di Kuala Lumpur.

 

Raja Laut juga adalah pengasas kepada penubuhan Kuala Lumpur Sanitary Board pada tahun 1890.

 

Raja Laut bertanggungjawab menubuhkan Sekolah Melayu pertama di Kuala Lumpur, di mana almarhum menghantar putera tunggalnya, Raja Alang, ke sekolah tersebut.

 

Pada tahun 1898, Raja Laut dimasyhurkan sebagai Raja Muda Selangor dan berpindah ke Batu Road (kini Jalan Tuanku Abdul Rahman).

 

Pelantikan ini dilakukan selepas Raja Muda Sulaiman dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke-5 bergelar Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa.

 

Namun begitu, Raja Laut tetap menggunakan gelaran ‘Raja Muda Laut’ sehingga tahun 1903.

 

Apabila Kesultanan Selangor memberikan gelaran Tunku Mahkota kepada pewaris takhta Tengku Musa Eddin Ibni Sultan Alaeddin Sulaiman Shah, Raja Muda Laut tetap mengekalkan gelaran ‘Raja Muda’ sehingga kemangkatan beliau pada 9 Jun 1913.

 

Almarhum dimakamkan di Tanah Perkuburan Kampong Gonggang (kini dikenali sebagai Tanah Perkuburan Jalan Ampang) Kuala Lumpur.

 

Sebagai tanda penghargaan dan mengenang jasa Raja Laut, nama Raja Laut diabadikan sebagai nama sebatang jalan di Kuala Lumpur yang bersambung dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

 

Pada tahun 1974, DYMM Sultan Selangor ke-8, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah menyerahkan kawasan Kuala Lumpur kepada Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan ibu negara Malaysia.

 

Pada masa itu, Kuala Lumpur telah bersetuju agar sejarah berkaitan negeri Selangor tidak dipadamkan sebagai penghormatan kepada jasa Baginda.

 

Oleh itu, terdapat beberapa nama jalan dan monumen di ibu negara yang diabadikan dengan nama-nama bersejarah dari Negeri Selangor, termasuk Jalan Raja Laut.

 

Sebelum ini, Jalan Raja Laut pernah ditukar nama menjadi Jalan Palestin pada tahun 2020.

 

Namun, terima kasih diucapkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan pihak-pihak terlibat yang telah memutuskan untuk mengekalkan nama Jalan Raja Laut dalam usaha memelihara nilai-nilai sejarah negeri Selangor.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Bagi anda yang tidak berpeluang untuk menjengah ke reruai kami di PWTC, jangan khuatir kerana kami juga mengadakan Jualan PBAKL Online 2024 di Shopee dan Tiktok kami dengan DISKAUN sepanjang berlangsungnya PBAKL!

 

Link Shopee: s.shopee.com.my/8zjTjR0kUz


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply