Semua sedia maklum tentang kisah kejelitaan Cleopatra yang berjaya menawan hati dua pemimpin Rom yang terkenal, Julius Caesar dan Mark Antony.
Namun, apakah permaisuri Mesir itu benar-benar cantik seperti yang dikatakan, masih sukar untuk dibuktikan hingga hari ini.
Bagaimanapun, para arkeologi kini mengetahui jenis pewangi yang digunakan oleh Ratu Mesir itu, yang berkait dengan rutin mandian susu keldai!
Idea untuk menghasilkan minyak wangi ini datang daripada dua orang saintis dari Universiti Hawaii di Manoa, Robert Littman dan Jay Silverstein.
Beberapa tahun lepas, pasukan arkeologi telah melakukan ekskavasi di Tell-El-Timai, sebuah tapak arkeologi yang dahulunya sebahagian daripada bandar lama Thmuis.
Tapak ini juga menjadi lokasi kilang pengeluaran minyak wangi terkenal pada zaman purba, Mendesian dan Metopian.
Pada tahun 2012, pasukan arkeologi menemui tapak sebuah rumah pembuat minyak wangi termasuk kawasan yang digunakan untuk menghasilkan cecair pewangi dan beberapa botol kaca serta amphora yang mengandungi sisa minyak wangi.
Berdasarkan rekod sejarah, terutama dari Yunani, Thmuis memang dikenali sebagai kawasan pengeluaran minyak wangi yang terkenal pada zaman purba.
Rekod ini juga menyebut bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan minyak wangi tersebut.
Antara bahan yang disebut termasuk myrrh (sejenis resin dari pokok berduri yang terdapat di Afrika dan Semenanjung Tanah Arab), buah pelaga, minyak zaitun dan kulit kayu manis.
Ini berdasarkan analisis kimia oleh dua pakar minyak, Dora Goldsmith dan Sean Coughlan, terhadap sisa yang terdapat dalam botol-botol minyak wangi itu.
Melihat kepada semua bahan ini, tidaklah menghairankan jika minyak wangi tersebut jauh lebih pekat dan melekit berbanding minyak wangi yang kita gunakan hari ini.
Namun, ia juga menghasilkan bau yang kuat, pedas dan lebih tahan lama berbanding minyak wangi moden.
Proses menghasilkan semula minyak wangi ini amat mengujakan bagi Littman dan Silverstein, dan ini dapat dilihat semasa sidang media pengumuman kisah minyak wangi Cleopatra ini.
“Ianya amat mengujakan untuk menghidu minyak wangi yang tiada siapa pernah hidu dalam tempoh 2,000 tahun dan berkemungkinan digunakan oleh Cleopatra.”
Namun, ini semua tidak menjelaskan obsesi Cleopatra terhadap wangian, terutama air mawar.
Cleopatra tidak sekadar menggunakannya untuk mencantikkan rambut atau menghias tempat yang dikunjungi.
Malah, pada satu ketika, seluruh kapalnya turut direndam dengan air ros agar ia dapat dihidu dari jauh oleh kekasihnya, Antony, semasa beliau berkunjung ke Pulau Tarsus.
Ini berkait dengan rejim kecantikan Cleopatra, termasuk mandi susu keldai. Cleopatra mengamalkan mandi susu ini untuk mencantikkan kulitnya agar lebih licin dan halus.
Dengan bau sedemikian, tidak hairanlah beliau menggunakan wangian untuk menutup bau sebenar tubuh badannya.
Namun, menurut pembuat minyak wangi, Mandy Aftel, tidak diketahui sama ada minyak wangi yang dihasilkan itu benar-benar digunakan oleh Cleopatra atau tidak.
Beliau percaya Cleopatra mungkin mempunyai kilang minyak wangi sendiri dan citarasa minyak wangi yang tersendiri, daripada menggunakan apa yang ada di pasaran.
Walaupun kemungkinan minyak wangi ini tidak dipakai oleh Cleopatra, golongan elit dan berkuasa ketika itu memakai wangian yang hampir serupa dengan minyak wangi yang dihasilkan oleh Littman dan Silverstein.
Oleh: Azizul Farhan
___
Anda pastinya tak sabar dengan buku terbaharu The Patriots, KITAB TAMADUN MESIR PURBA yang bakal menjelma semasa PBAKL nanti.
Buku ini lengkap menceritakan sejarah dan budaya masyarakat Mesir Purba sesuai untuk bacaan semua peringkat umur.
Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di sini: https://thepatriots.store/ktmp/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih