Planet Marikh ini kita kenali sebagai ‘planet merah’ kerana dari jauh ia kelihatan seperti ‘bintang merah’ tanpa menggunakan teleskop. Ramai saintis percaya bahawa dahulu planet merah ini kelihatan seperti Bumi sekarang. Betul ke?
Melalui kajian berterusan oleh saintis yang menghantar probe angkasa, mereka dapat tahu sejarah planet ini dari awal penciptaannya hingga menjadi Marikh yang kita kenal sekarang.
Saintis NASA, Dr. Becky McCauley Rench berkata, mereka percaya bahawa planet Marikh dulu lebih ‘lembap dan hangat’ semasa ia mula terbentuk.
Ketika sistem solar terbentuk sekitar lebih empat bilion tahun lalu, Marikh dan Bumi terbentuk daripada bahan yang sama, sebab itu kedua-dua planet ini kelihatan serupa.
Marikh mula terbentuk dengan permukaan yang masih panas, gunung berapi yang sangat aktif, dan banyak asteroid yang menghentamnya.
Lama-kelamaan, terbentuklah permukaan Marikh dengan hemisfera utara yang penuh dengan tanah lapang dan banjaran pergunungan yang banyak terletak di hemisfera selatan.
Sekitar 4.1 hingga 3.7 bilion tahun yang lalu, asap yang dikeluarkan oleh gunung berapi mula membentuk hujan yang turun ke permukaan Marikh, membentuk laut, sungai, dan tasik.
Pada masa itu, atmosfera planet ini begitu tebal, mirip dengan atmosfera Bumi. Dalam fasa ini, planet Marikh dilihat sebagai planet yang hidup.
Namun, kira-kira 2.9 bilion tahun yang lalu, atmosfera Marikh semakin menipis. Air yang mengalir di seluruh Marikh mula menyejat dengan cepat sehingga akhirnya tiada lagi titisan air yang tinggal.
Dengan ketiadaan air dan atmosfera yang semakin menipis, wajah baru Marikh mula terbentuk, seperti yang kita kenal sekarang, iaitu ‘planet merah’.
Para saintis masih berteka-teki mengapa Marikh berubah begitu drastik, dan jawapan yang sering diterima ialah kehadiran ribut suria atau meteor yang kuat menghentam atmosfera Marikh sehingga menipis dengan cepat.
Selain itu, para saintis juga percaya bahawa air masih wujud di permukaan Marikh hari ini tetapi dalam bentuk ais.
Mereka juga yakin bahawa terdapat banyak air di bawah permukaan planet itu, tetapi lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkannya.
Oleh: Azizul Farhan
___
ANGKASARAYA: KEJADIAN AGUNG bakal membawa anda terbang mengembara ke angkasa lepas untuk faham tentang teori kerelatifan, lohong hitam dan banyak lagi!
Terbang bersama kami di PBAKL ini yang bermula pada 24 Mei sehingga 2 Jun ini!
Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di: https://thepatriots.store/angkasaraya/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih