Pelik? Tapi tak ada yang pelik dengan ciptaan tuhan. Saya didedahkan dengan fakta ni semasa saya belajar pengurusan Falak tahun lepas.
Kalau anda lihat ke arah langit pada waktu malam antara bulan November hingga Februari, anda akan nampak tiga bintang yang terang bersusun selari di atas kepala.
Dalam berjuta-juta bintang yang ada atas langit malam tu, ada 3 bintang yang paling menonjol dan menarik iaitu sebahagian daripada buruj Orion.
Disebabkan kedudukan negara kita yang dekat dengan garisan Khatulistiwa, buruj Orion tu berada tepat di atas kepala kita. Dalam istilah astronomi, kedudukan tegak atas kepala ni dikenali sebagai zenit.
Buruj Belantik atau Orion ialah 3 bintang menyerupai pahlawan Yunani yang tetap berada di langit malam walaupun mana anda berada di bumi.
Nama Orion berasal dari mitologi Yunani. Orion adalah seorang pemburu yang terkenal. Selepas kematiannya, Zeus menamakan buruj sebagai Orion yang menghiasi langit malam.
Sebenarnya orang Melayu pun ada namakan buruj ni dengan nama khas selain Orion. Dalam tamadun Melayu, gugusan bintang ini disebut sebagai Bintang Tiga Beradik.
Tapi uniknya buruj ni sebab buruj ni menjadi panduan untuk cari arah kiblat! Buruj Belantik akan membentuk 1 garis lurus yang sentiasa menghalakan garisannya terus ke arah Kaabah.
Buruj Orion (Al-Babadur) mempunyai tiga bintang berderetan iaitu Mintaka (δ Orionis), al-Nilam (ε Orionis) dan al-Nitak (ξ Orionis) digunakan sebagai panduan arah kiblat.
Selain daripada menjadi petunjuk arah kiblat, buruj ini juga menjadi tempat terletaknya nebula terkenal, iaitu Nebula Orion.
Nebula ini terdiri daripada kepulan awan debu antarabintang dan gas, serta menjadi tempat kelahiran bintang-bintang baharu.
Terdapat banyak lagi objek angkasa menarik dalam buruj Orion. Selain Nebula Orion, kita boleh lihat beberapa nebula lain seperti Nebula Kepala Kuda (Horsehead Nebula) dan Nebula Nyala (Flame Nebula).
Ketiga-tiga nebula ini terkenal dan sesuai untuk dijadikan objek pengamatan teleskop bagi mereka yang baru menceburi dunia astronomi.
Sementara itu, Gelung Barnard (Barnard’s Loop) adalah nebula pancaran (emission nebula) berbentuk lingkaran yang mengelilingi buruj Orion. Nebula ini agak sukar dilihat dengan mata kasar kecuali di kawasan yang sangat gelap atau melalui astrofotografi.
Aktiviti astrofotografi sangat menyeronokkan kerana anda dapat melihat objek angkasa yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Oleh: Azizul Farhan
___
ANGKASARAYA: KEJADIAN AGUNG bakal membawa anda terbang mengembara ke angkasa lepas untuk faham tentang teori kerelatifan, lohong hitam dan banyak lagi!
Terbang bersama kami di PBAKL ini yang bermula pada 24 Mei sehingga 2 Jun ini!
Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di: https://thepatriots.store/angkasaraya/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih