Pada satu malam di sekitar bulan September 1958, P.Ramlee telah meminta S.Sudarmaji supaya hadir ke rumahnya yang terletak No. 28 Cedar Avenue.
Tujuan S.Sudarmaji menemui P.Ramlee adalah untuk meminta P.Ramlee menyemak skrip yang beliau tulis.
Tetapi skrip yang ditulis oleh S.Sudarmaji itu tidak sempurna sepenuhnya hanya sampai di babak samseng-samseng Penambang duduk ditangga bercerita sesama sendiri pengalaman dipukul oleh Pendekar Mustar.
P.Ramlee pada ketika itu sedang duduk bersila di atas lantai dengan pen dan kertas. Selalunya kalau begitu P.Ramlee sedang membuat lagu.
S.Sudarmaji berkata, “Ram ini ada skrip tapi belum siap, lu tengok lah dulu.” P.Ramlee tidak menjawab hanya menganggukkan kepala. Skrip itu diletak di atas meja dan S.Sudarmaji pun berlalu pergi.
Pada keesokkan harinya P.Ramlee memanggil S.Sudarmaji kerumahnya. Dalam hati S.Sudarmaji berkata mesti P.Ramlee ingin berbincang mengenai skrip yang ditinggalkan semalam.
Apabila sampai sahaja S.Sudarmaji di rumah P.Ramlee, P.Ramlee lantas berkata, “Maji, tu skrip lu semalam ada atas meja. Minggu depan kita boleh mula shooting. Lu casting pelakon, dan heroinnya gua nak seorang pelakon wanita bakat baru”.
S.Sudarmaji terdiam seketika dengan kata-kata P.Ramlee itu dan lantas beliau mengambil skrip tersebut.
Apabila S.Sudarmadi melihat isi kandungan skrip tersebut alangkah terkejutnya beliau kerana skrip itu sudah diselesaikan oleh P.Ramlee. Bukan hanya skrip, tetapi lakon layarnya juga sudah disiapkan.
S.Sudarmaji berkata sendirian di dalam hati, bagaimana Ramlee boleh membuat ini semua dalam tempoh satu malam?
Maka dengan itu pada 23 Januari 1959 terbitlah filem PENDEKAR BUJANG LAPOK. Dengan terbitnya filem ini maka terciptalah satu gabungan nama iaitu MADJILEE.
Info tambahan, tiga pelakon wanita bakat baru tersebut ialah Rahmah Rahmat, Siti Hawa Majid dan Rosnah Jasni. Tetapi P.Ramlee telah memperkenal Rosnah Jasni dalam filem ini dengan menukar namanya kepada Roseyatimah.
Filem PENDEKAR BUJANG LAPOK berjaya memenangi anugerah Filem Komidi Terbaik Asia di Festival Filem Asia Pasifik ke- 6 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 4-8 Mei 1959.
Cetusan idea satu malam yang hebat dan malar segar sepanjang zaman.
Oleh: Azizul Farhan
___
Teringin nak tahu kisah hidup Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dari awal kelahiran hinggalah hilangnya sebutir permata industri seni negara?
Dapatkan P.RAMLEE, TIADA YANG KEDUA yang akan ke udara ketika PBAKL nanti!
Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di sini: https://thepatriots.store/pramlee/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih