28 Januari 1986. Pada pagi tersebut, anak-anak kecil melambai, remaja, golongan pertengahan serta warga tua tidak melepaskan peluang berada di Teluk Canaveral pada pagi itu untuk menyaksikan pelancaran misi STS-51-L bersama Shuttle Challenger.
Apa yang menjadi tumpuan utama pelancaran dan misi angkasa lepas pada hari itu adalah hadirnya seorang guru sekolah, mendiang Christa McAuliffe yang menjadi angkasawan bukan professional dan guru sekolah pertama ke angkasa lepas.
Beliau membawa misi mendekatkan pelajar seluruh Amerika untuk mencintai subjek sains dan mengagumi teknologi serta angkasa lepas.
“Lift Off” sebut pegawai bertugas pada hari itu dan sejurus Shuttle angkasa yang membawa 7 orang krew untuk misi STS-51-L meluncur dengan pantas menuju angkasa raya.
73 saat setelah berlepas, ia meledak secara tiba-tiba diudara menghasilkan asap putih tebal dan kemudian sepertinya Challenger terpisah dua, dari satu jejak roket kini terpecah kepada dua.
Kalangan pemerhati, anak-anak kecil, warga tua dan sanak saudara serta sahabat handai krew Shuttle Challenger seperti tergamam dan tidak percaya akan apa yang terjadi.
Kamera siaran televisyen juga tertumpu pada ledakan tersebut, menangkap satu persatu pergerakan roket pendorongan bahan api pepejal yang masih membakar kemudian mulai bergerak dengan tidak tentu arah, diikuti serpihan-serpihan kecil mulai jatuh kebumi, membawa bersama asap putih.
Kawalan misi NASA juga tergamam bagaikan tidak percaya. Kemalangan tersebut mengejutkan seluruh warga Amerika, yang melihat dan menonton secara langsung pelancaran Challenger.
Operasi mencari dan menyelamat krew dilaksanakan serta merta. Kemalangan Shuttle Challenger misi STS-51-L mengorbankan 7 nyawa antaranya Ellison Onizuka, Christa McAuliffe, Gregory Jarvis, Judith Resnik, Michael J. Smith, Francis “Dick” Scobee dan Ronald McNair.
Kesemua mereka terkorban dan hanya ditemui oleh kumpulan penyelamat pada 7 Mac 1986, dengan kesemua mereka masih berada didalam kokpit Shuttle yang masih utuh.
Tragedi ini mengakibatkan NASA terpaksa menangguhkan misi penerbangan angkasa lepas menggunakan sistem Shuttle mereka selama 3 tahun.
Siasatan dijalankan di bawah komisi Rogers untuk menyiasat setiap aspek yang mungkin menyebabkan kegagalan Challenger.
Semasa siasatan, didapati terdapat percubaan untuk menutup kesilapan oleh pihak pengurusan NASA. Terdapat juga ketidakfahaman antara jurutera dan pihak pengurusan NASA.
Hasil siasatan menunjukkan bahawa kegagalan sistem roket pendorongan bahan api pepejal adalah punca utama kemalangan Challenger.
Gegelung O yang berfungsi sebagai penyekat antara setiap bahagian roket pendorongan gagal berfungsi dengan baik. Tambahan pula, terdapat tekanan dari pihak NASA untuk melancarkan Challenger tanpa mengambil kira faktor keselamatan.
Pelancaran pada hari itu terjadi dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk yang tidak sesuai untuk pelancaran.
Ini menghasilkan gas panas yang terbakar keluar dari sisi roket, yang kemudiannya menyebabkan letupan pada tangki bahan api utama.
Kejadian Challenger menjadi titik tolak untuk perubahan dasar dan peningkatan keselamatan dalam NASA. Ini menyebabkan siri modifikasi dan penambahbaikan pada pesawat-pesawat Shuttle dan sistem roket pendorong.
Ini merupakan peringatan yang penting bahawa ekspedisi ke angkasa lepas adalah sesuatu yang berisiko tinggi dan berbahaya.
Challenger bukanlah satu-satunya tragedi dalam misi angkasa lepas Amerika. Shuttle Columbia musnah pada tahun 2003 ketika masuk semula ke atmosfera dan tahun 2011 menandakan pengakhiran legasi Shuttle dalam misi saintifik ke angkasa lepas.
Oleh: Azizul Farhan
___
ANGKASARAYA: KEJADIAN AGUNG bakal membawa anda terbang mengembara ke angkasa lepas untuk faham tentang teori kerelatifan, lohong hitam dan banyak lagi!
Terbang bersama kami di PBAKL ini yang bermula pada 24 Mei sehingga 2 Jun ini!
Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di: https://thepatriots.store/angkasaraya/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih