Minggu lepas, keluar di berita katanya ajaran Ayah Pin bangkit kembali.

 

Ingat tak ramai golongan profesional dan berpendidikan tinggi seperti pensyarah dan guru boleh terjebak dengan ajaran ni?

 

Apa sebenarnya puncanya?

 

Fitrah manusia yang ingin beragama dan mencari kebenaran kadang-kadang menyebabkan banyak orang terjebak dalam ajaran sesat.

 

Kebanyakan orang terkeliru dan buat keputusan yang salah saat berhadapan antara kebenaran dan kebatilan, sehingga mereka hilang pedoman yang seharusnya diikuti atau dihindari.

 

Ramai sebenarnya golongan profesional dan individu yang berpendidikan tinggi di negara ini tak faham dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar, sehingga mereka mudah terpengaruh dan tersesat.

 

Akibat kekurangan pengetahuan di kalangan masyarakat, ramai yang mudah terpengaruh dan menerima ajaran sesat tanpa berfikir panjang.

 

Yang perlu diingat ialah tak semua golongan profesional ada asas pengetahuan agama atau kemampuan untuk menilai dengan rasional setiap dakwaan seseorang yang mendakwa sebagai guru dan mencari jalan pintas.

 

Pengikut ajaran sesat yang terlibat dalam ajaran sesat ni banyak terpengaruh disebabkan ingin mencari jalan pintas menuju ke syurga.

 

Kelompok yang hidup dalam pengikut ajaran sesat ni mencari kebebasan yang berlebihan, mereka sedar pentingnya kembali kepada agama namun memilih saluran yang salah.

 

Dengan mencari jalan pintas untuk mendapatkan reda Allah SWT, mereka terjebak dalam situasi yang sangat berbahaya yang merosak iman, tauhid, dan akidah mereka secara keseluruhan.

 

Boleh dikatakan yang sebahagian besar pengikut ajaran sesat datang dari mereka yang ingin ‘cepat sampai kepada Tuhan’ dan mengabaikan panduan yang telah ditetapkan oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah.

 

Kita tengok apa yang ditawarkan dalam ajaran Ayah Pin. Ayah Pin bina tempat ibadahnya sendiri berupa teko gergasi. Kerajaan Langit nampak gah di mata orang yang tak tahu menahu tentang agama.

 

Ajaran Ayah Pin ubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti dakwa bahawa kiamat tak berlaku kerana Allah dah jadikan dunia ini cantik dan tak sebodoh itu untuk memusnahkannya.

 

Selain itu, Ayah Pin dakwa sewaktu seorang anak Adam itu hampir mati, Allah akan datang kepadanya dan tak perlu mengucap lagi. Pengikut Ayah Pin pun percaya untuk jadi seseorang Islam perlulah jadi kafir terlebih dahulu.

 

Ayah Pin juga ubah cara ibadah seperti menurunkan sembahyang iaitu waktu subuh berpanjangan hingga ke zohor dan menganggap puasa dan sembahyang tak perlu dalam ajaran Islam.

 

Konsep pahala dan dosa pun diubah Ayah Pin dimana Ayah Pin ada kuasa untuk beri penebusan dosa kepada seseorang.

 

Karutnya apabila Ayah Pin dakwa yang kunci syurga ada ditangannya dan boleh menentukan syurga neraka seseorang.

 

Macam mana Ayah Pin nak tebus dosa orang tu?

 

Ayah Pin adakan upacara pengampunan dalam bilik yang tidak berbumbung, supaya dimasuki cahaya bulan purnama iaitu masa yang sesuai untuk bertaubat.

 

Bagi pengikut lelaki memadai dengan berbai’iah dengan tuhan iaitu Ayah Pin sendiri secara berjabat tangan.

 

Manakala bagi pengikut perempuan mesti menanggalkan pakaian tak suci. Untuk lebih mendapat berkat mereka perlu bersetubuh dengan tuhan.

 

Banyak lagi sebenarnya ajaran pelik-pelik Ayah Pin ni macam boleh panggil roh orang mati, memuja Ayah Pin dan sebut nama penyakit sebanyak 7 kali nescaya setiap penyakit akan sembuh.

 

Hal ini adalah sepenuhnya bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Sekarang ni pun makin banyak ajaran-ajaran sesat yang tersebar di media sosial. Apa-apapun kita wajib kembali kepada al-Quran dan sunah Rasulullah SAW.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Sebab itulah anda kena dapatkan BERAKAL DALAM BERAGAMA. Buku ni akan buka mata anda supaya anda lebih faham tentang agama dan tidak membuta tuli semata-mata. Dapatkan segera dengan DISKAUN di Shopee kami:

 

https://shope.ee/5pke7UAHfg

 

Atau di Website kami:

 

Pra-tempah Buku Bakal Terbit Mac 2024


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply