Cerita ni mungkin ramai yang tak pernah dengar. Ramai yang tak tahu apa yang berlaku di dalam hutan estet Kedah sebelum kita capai kemerdekaan. Sebenarnya ia turut berpunca daripada British.

 

Kesatuan Buruh Pan-Malaya (PMFTU) bertindak sebagai badan yang membela nasib pekerja-pekerja buruh yang dijadikan macam hamba tanpa hak sebagai pekerja yang majoritinya terdiri daripada kaum India.

 

Sehingga pengisytiharan darurat di Tanah Melayu dan Singapura oleh British pada tahun 1948, kebanyakan kesatuan pekerja perladangan di Tanah Melayu bergabung dengan PMFTU.

 

Tapi, British anggap PMFTU ni sebagai ancaman yang lebih besar daripada Parti Komunis Malaya (PKM), kerana itulah PMFTU telah diharamkan terlebih dahulu sebelum PKM.

 

Cara British melayan kesatuan buruh di Tanah Melayu dan Singapura sama sekali tidak sama dengan cara mereka melayan kesatuan buruh mereka sendiri di Britain. Selain undang-undang buruh baru, British juga gunakan undang-undang lain untuk sekat kesatuan buruh.

 

Pada tahun 1947, undang-undang pencerobohan digunakan untuk menghalang kesatuan daripada bertemu dan bercakap dengan pekerja di ladang.

 

Pada Mac 1947, sepasukan polis datang ke estet Dublin di Kedah untuk menangkap pegawai kesatuan buruh kerana menceroboh hanya untuk bercakap dengan sekumpulan buruh di sana.

 

Apabila buruh-buruh ni melindungi di sekeliling pegawai tu, polis melepaskan tembakan, membunuh seorang buruh dan mencederakan lima yang lain.

 

Isu ini memuncak apabila berlakunya Rusuhan Kedah yang turut melibatkan wanita India bersenjatakan lada dan air panas untuk menentang musuh kapitalis.

 

Dalam pertempuran antara polis dan buruh di estet Bedong pada 3 Mac 1947, 21 pekerja cedera, di mana “ketua mogok terbunuh akibat kecederaan yang diterima di tangan polis beberapa hari kemudian”. 61 orang pekerja didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara enam bulan.

 

Undang-undang yang ada ketika itu ialah pekerja tidak boleh diberhentikan hanya kerana menggunakan hak mereka untuk mogok yang juga sebenarnya merupakan hak pekerja.

 

Tetapi pada Oktober 1947, Mahkamah Agung memutuskan dalam kes melibatkan tiga penoreh getah bahawa mogok adalah pelanggaran kontrak dan pemecatan itu wajar. Rusuhan ini sebenarnya membawa kepada perubahan besar undang-undang dan dasar.

 

Selain itu, banyak lagi kes-kes yang melibatkan kesatuan buruh yang sengaja digunakan untuk memusnahkan kesatuan buruh selaras dengan dasar baharu British untuk melemahkan pergerakan buruh di Malaysia.

 

Ordinan Kesatuan Buruh 1940 sekali lagi dipinda untuk melemahkan kesatuan buruh. Pindaan baru kepada Ordinan Kesatuan Buruh diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 31 Mei 1948.

 

Tapi tak lama kemudian, pada 12 Jun 1948, British akhirnya mengharamkan PMFTU. Anehnya, Parti Komunis Malaya dan kumpulan berhaluan kiri lain hanya diharamkan lebih lewat pada Julai 1948. Mungkin British nampak kesatuan buruh ni ancaman yang lebih besar berbanding parti Komunis?

 

Ramai daripada pemimpin kesatuan buruh ditangkap, didakwa, disabitkan dan dijatuhkan hukuman. SA Ganapathy yang merupakan presiden pertama PMFTU dihukum gantung oleh British pada Mei 1949.

 

Majlis Kesatuan Sekerja kemudiannya ditubuhkan. Dan dalam Persidangan Perwakilan Kesatuan Sekerja Malaya pada Februari 1949, terlahirnya sebuah kesatuan yang dikenali hari ini sebagai Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Kebajikan pekerja sangat penting untuk membina perusahaan yang berjaya. Ambil inspirasi daripada tokoh-tokoh kewangan hebat di dalam PSYCHOLOGY OF MONEY sekarang!

https://shope.ee/2VTAVGuQkN


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply