Dalam budaya makanan China, tersirat seribu satu falsafah yang membentuk maksud di sebalik setiap makanan yang diambil serta hubungannya dengan manusia, alam semulajadi serta dunia.

Jika dilihat kembali sejarah silamnya, kebanyakan teks purba China yang menunjukkan keraian makanan, iaitu catatan resepi atau menceritakan kelazatan sesuatu makanan, ia direkodkan bukanlah melalui rupa bentuk makanan itu semata-mata. Kita kembali ke zaman Tiga Kerajaan, dalam satu petikan teks, Cao Cao dan Liu Bei dikatakan pernah berbual mengenai tokoh-tokoh yang berpengaruh sambil menghabiskan masa mereka dengan wain plum hijau panas. Cerita ini sebenarnya adalah kisah yang sering dipaparkan dalam teks falsafah sejak berzaman lamanya.

China adalah negara yang mempunyai tatacara dan tatasusilanya yang tersendiri. Dalam Book of Rites ada menyatakan bahawa perkara pertama dalam kesemua upacara adalah daging dan minuman. Ini bermakna, peraturan pertama dalam upacara budaya China adalah berkait dengan makanan.

Malah, ada satu petikan terkenal oleh Guanzi yang berasal dari Guanzong, yang menyatakan bahawa, ‘Jika orang ramai ada bekalan makanan yang cukup, maka mereka akan memberi perhatian pada etika serta mempunyai rasa hormat serta rasa malu.’ Maksudnya di sini, makanan berperanan dalam membentuk etika hidup rakyat di China.

Makanan dalam budaya Cina membawa lebih banyak kepentingan budaya dan memberi konotasi falsafah. Ia adalah petunjuk kepada cara masyarakat Cina menangani perhubungan dengan orang lain, alam semula jadi dan dunia. Penekanan terhadap budaya makanan ini sebenarnya menunjukkan falsafah keharmonian Cina. Orang Cina kuno mempunyai pandangan yang unik tentang keharmonian antara air dan api.

Bagi mereka, air dan api tidak serasi antara satu sama lain. Namun begitu, jika seseorang meletakkan air ke dalam periuk dan memanaskannya di atas api, maka lima perisa utama dapat dihasilkan. Kitab Tang ada petikan berbunyi bahawa, ‘Air akan dibakar dengan api, manakala garam akan melengkapkan buah plum (jeruk.)’

Dalam falsafah Cina, meskipun air dan api tidak serasi, tetapi kedua-duanya boleh bersatu dalam masakan, begitu juga rasa masam, manis, masin, pahit dan pedas. Jelas falsafahnya di sini bahawa orang yang berbeza perangai dan pendirian boleh bekerja secara harmoni ke arah matlamat yang sama.

Budaya makanan Cina menunjukkan rasa kewajaran (righteousness) yang kuat. Budaya ini mencerminkan kepercayaan, tanggungjawab dan integriti seseorang. Dalam satu kisah yang diceritakan oleh Shi Jiao dalam Shizi, Confucius pernah melalui satu mata air dan merasa sangat haus. Namun, disebabkan nama mata air itu ialah Mata Air Perompak, maka dia enggan meminumnya, kerana membenci namanya yang negatif.

Di samping itu, falsafah keharmonian Cina antara yin dan yang juga dipamerkan dalam budaya makanan. Bahan makanan yang berbeza, malah bahagian yang berbeza daripadanya, mempunyai sifat yin yang berbeza. Malah masa untuk memasak atau makan hidangan tertentu akan menjejaskan keseimbangan yin dan yang di dalam badan seseorang.

Makanan, adalah cara utama bagi orang Cina untuk mengekalkan kehidupan yang sihat. Dalam hal ini, setiap kali seseorang berasa tidak sihat, idea pertama yang terlintas di fikirannya ialah makan hidangan tertentu untuk mengimbangi yin-yang di dalam badannya.

Kesemua falsafah yang membentuk budaya makanan di China ini adalah lambang bahawa setiap makanan yang diambil bukanlah sekadar makanan untuk menghilangkan lapar. Namun, ia juga bermaksud makanan untuk ‘jiwa’ mereka.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Telah selesai viva untuk Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pemakanan dan bakal bergraduat pada akhir tahun nanti. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Leave A Reply