Sebenarnya, banyak tradisi masyarakat Melayu buat sempena berpuasa ketika bulan Ramadan. Tapi tak semuanya masih diamalkan sampai sekarang.
Mungkin artikel ni dah lambat untuk dibuat, tapi sebagai generasi muda macam saya yang tak dapat tengok tradisi ni, apatah lagi bila duduk di bandar, saya teringin nak tahu bagaimana tradisi ni pada zaman dahulu.
Dulu-dulu sebelum wujudnya telefon pintar dan televisyen yang digunakan secara meluas di setiap rumah, pengumuman puasa hanya diketahui melalui pukulan beduk di surau.
Pukulan beduk ni pun hanya dibuat kalau dapat maklumat yang sahih seperti dari ketua kampung atau penghulu.
Penduduk kampung yang ada radio dan dengar pengumuman akan beritahu imam untuk diumumkan kepada semua. Setelah ditetapkan tarikh mula berpuasa, beduk akan dipukul pada malam tersebut.
Pukulan beduk ini tak sama bunyinya dengan pukulan waktu solat. Kalau penduduk dengar bunyi beduk khas ni, mereka tahu esoknya dah mula puasa.
Mereka yang berada di surau pun akan melaksanakan solat sunat Terawih. Anak-anak muda akan berkeliling kampung dengan riuh rendah beritahu kepada penduduk yang esok dah mula puasa.
Kalau di Negeri Sembilan yang mengamalkan Adat Perpatih pula, mereka akan laksanakan aktiviti “Mantai.”
Mantai ni asalnya dari perkataan dialek Negeri Sembilan yang bermaksud bantai. Tapi ni bukan amalan bantai orang, sebaliknya amalan gotong-royong melapah daging kerbau.
Biasanya bila datang hari mantai ni, sepanjang jalan dari Ulu Bendul sampai ke Kuala Pilah dan Bahau, mesti penuh dengan gerai jual daging lembu dan kerbau.
Biasanya orang-orang daerah Jempol, Kuala Pilah, Jelebu, Tampin, Rembau dan Seremban yang masih amalkan adat ni.
Daging-daging yang dah dimantai tu pun dibahagikan untuk semua, daging tu pun dimasak buat rendang.
Macam mana pula dengan tradisi dulu-dulu di tempat asal anda semua? Masih diamalkan sampai sekarang? Boleh la kongsikan di komen!
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tahu pasal falsafah Ketupat, Pulut Kuning dan Sirih Junjung? Jawapannya ada di dalam KITAB TAMADUN MELAYU I!
Dapatkan siri KTM di Shopee kami sekarang!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply