Selalu sangat dengar pasal Lamb Shank. Dipadan pula dengan Nasi Arab dan Nasi Beriani. Tapi jap, apa sejarah Lamb Shank? Apa kena mengena dengan dua nasi tu?

Jom kita tengok macam mana asal usul kedua-dua nasi ni.

Disebabkan namanya Nasi Arab, mesti ramai yang anggap ia berasal dari Arab. Tekaan anda salah.

Nasi Arab ni asalnya dari mana?

Nasi Arab ni merupakan satu fusion Pilaf yang berasal daripada Parsi. Lagenda mengatakan ketika Alexander The Great takluk Parsi, beliau nampak Pilaf ni dimakan oleh orang-orang sana dan terus bawa makanan tu kembali ke Macedonia. Tapi tu hanyalah kisah legenda je.

Jadi rekod rasmi tentang keberadaan Pilaf ataupun Nasi Arab pula dah wujud sejak era Empayar Abbasiyah. Masyarakat Abbasiyah dikatakan sebagai pemula kepada masakan Pilaf era moden.

Cara masak Pilaf yang digunakan oleh masyarakat Abbasiyah masih lagi diamalkan sehingga hari ini. Contoh paling dekat adalah Maqlubah yang dipercayai dah wujud sejak zaman tersebut.

Resepi memasak Pilaf pun pernah dicatatkan secara terperinci oleh Ibnu Sina pada abad ke-10M. Mungkin bolehlah kita gelarkan Ibnu Sina sebagai bapa Pilaf dunia.

Disebabkan Pilaf ni mula popular ketika zaman keemasan Tamadun Islam, maka ilmu yang dibawa bersama-sama dengan Pilaf turut tersebar di seluruh dunia.

Hari ni korang boleh tengok Pilaf wujud di serata dunia. Malah dekat Eropah dan Amerika juga Pilaf masih wujud dan menjadi kegemaran. Kita pulak dah bertukar jadi Nasi Arab.

Nasi Beriani pulak macam mana?

Sama je, asal usul dia dari Pilaf jugak. Tapi lepas diasimilasikan dengan hidangan pedas India oleh dapur Diraja Empayar Mughal, maka muncullah sebuah hidangan baharu bernama Nasi Beriani.

Lagenda Nasi Beriani ni berkait dengan pembina Taj Mahal, Mumtaz Mahal. Mumtaz ialah isteri kepada Shah Jahan dan ia dipercayai bahawa Mumtaz meminta chefnya menyediakan makanan yang berkhasiat untuk para askar Mughal.

Hidangan yang disiapkan haruslah seimbang dengan daging dan nasi yang kaya dengan rempah ratus dan dimasak di atas kayu api. Lalu terhasillah Nasi Beriani yang kaya dengan rasa.

Sejarawan lain mengatakan bahawa resipi pertama kepada Nasi Beriani hanya muncul sekitar abad ke-18.

Tapi ada juga teori lain pasal Nasi Beriani ni. Dikatakan Nasi Beriani dah wujud lama di India sebelum kedatangan Mughal.

Ada teori mengatakan hidangan “oonchoru” seperti yang disebutkan dalam kesusasteraan Sangam yang berasal dari antara 200 SM dan 200 CE ialah pelopor untuk Nasi Beriani moden.

Hidangan ni khas kepada askar-askar raja Dinasti Chera di Kerala yang dikatakan diperbuat daripada nasi, minyak sapi, daging, kunyit, ketumbar, lada, dan daun salam.

Jadi, ikut korang lah nak makan apa buka puasa nanti. Saya bagi cadangan je tengah-tengah hari ni.

Oleh: Azizul Farhan

___

Nak tahu bagaimana rahsia kewangan yang berjaya? Ambil inspirasi daripada tokoh-tokoh kewangan hebat di dalam PSYCHOLOGY OF MONEY sekarang! Ada diskaun sempena Ramadan di sini:

https://shope.ee/2VTAVGuQkN


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply