Pulau Sentinel ni ialah pulau yang terpencil terletak di Kepulauan Andaman. Tapi apa yang buat Pulau Sentinel Utara femes ialah orang-orang primitif yang tak terdedah dan terasing dengan dunia luar.
Tahap primitif orang di Pulau Sentinel ni sangat-sangat kronik. Dikatakan, orang-orang Sentinel tak mampu nak cipta api. Populasi diorang pun tak ramai, hanya 50 orang sahaja.
Pulau Sentinel Utara ni berada dalam jajahan India, tetapi dikatakan puak Sentinel yang tinggal disana berasal dari Afrika yang berhijrah ke Kepulauan Andaman sekitar 60 ribu tahun lalu.
Disebabkan mereka jauh dan terpencil, mereka terasing daripada dunia luar.
Pernah la penjajah British cuba berinteraksi dengan puak Sentinel pada penghujung abad ke-19, tetapi ianya membawa kepada kematian beberapa orang daripada puak tersebut.
Disebabkan inilah orang-orang puak Sentinel jadi sangat agresif dengan orang luar. Semua orang luar dari pulau tu diserang kerana dianggap ancaman, termasuklah nelayan yang pernah termasuk kawasan Sentinel dan kelasi yang terdampar.
Pada tahun 2018, Pulau Sentinel Utara disebut-sebut di berita-berita global berkenaan seorang mubaligh Kristian dari US, John Allen Chau maut ketika cuba masuk ke pulau tersebut untuk sebarkan Kristian.
Bagi Chau, puak Sentinel ni kena “diselamatkan.” Keputusan Chau pergi ke sana untuk menyebarkan Kristian di Pulau Sentinel ternyata memakan diri sendiri.
Tapi, akhirnya Chau dipanah oleh orang puak Sentinel selepas dibawa ke pulau oleh nelayan yang diupah beliau. Catatan diari Chau antaranya berbunyi “Lord, is this island Satan’s last stronghold where none have heard or even had the chance to hear your name?”
Selain dari puak Sentinel, puak Jarawa yang ditanggal diatas pulau yang sama mula berinteraksi dengan dunia luar sekitar penghujung 1990-an.
Malangnya, banyak kes eksploitasi ke atas puak Jarawa oleh penduduk tempatan dan juga pelancong.
Oleh: Azizul Farhan
___
Mengapa perlunya agama untuk mencari kebenaran? Jawapan untuk soalan ini pastinya ada di dalam BERAKAL DALAM BERAGAMA! Dapatkan segera di Shopee kami:
https://shope.ee/5pke7UAHfg
Atau di Website kami:
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih