Ramai juga rupanya yang mempersoalkan penglibatan polis-polis Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Katanya diorang ni berkhidmat untuk British.
Malah ada juga yang kata polis-polis yang terkorban semasa tragedi Bukit Kepong berkhidmat untuk Ratu British.
Sebenarnya, polis-polis ini sememangnya tidak berkhidmat untuk Ratu England.
Kita perlu lihat bagaimana sejarah penubuhan polis di Malaysia dari awal penubuhan sehingga menjadi Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.
Sistem kepolisan di Tanah Melayu sememangnya ditubuhkan oleh British bermula di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807.
Kemudian, semua negeri di Tanah Melayu tubuhkan pasukan polis masing-masing menjelang abad ke-20.
British juga menubuhkan Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat pada 1871 dan Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1896.
Apabila Tanah Melayu bebas daripada pendudukan Jepun, pasukan polis Negeri-negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu disatukan menjadi Polis Malayan Union pada 1946.
Ingat semula apa yang berlaku apabila British nak buat Malayan Union. Orang-orang Melayu bangkit melawan dan protes terhadap penubuhan Malayan Union.
Hasil daripada itu, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu berjaya ditandatangani dan Malayan Union dimansuhkan pada 1 Februari 1948.
Perjanjian ni sangat penting kerana ia memansuhkan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali serta kedudukan Raja-Raja Melayu dikembalikan.
Jadi, Polis Malayan Union turut diubah kepada Polis Persekutuan Tanah Melayu.
Tragedi Bukit Kepong yang berlaku pada 23 Februari 1950 tu bukanlah Polis Malayan Union, tapi dianggotai oleh Polis Persekutuan Tanah Melayu.
Jadi, kenapa Sarjan Ray Dancey, seorang pegawai polis Inggeris pernah jadi Ketua Polis Balai (KPB) Bukit Kepong?
Polis dan tentera British hanya merujuk kepada anggota pasukan yang dibawa masuk dari luar dan mempunyai kewarganegaraan Britain sahaja seperti Sarjan Ray Dancey.
Ini disebabkan status British masih lagi menjadi penaung kepada Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka pada 31 Ogos 1957.
Jadi semua pegawai Melayu yang diambil pada zaman itu sampai sekarang adalah pegawai negeri Melayu yang dibayar gaji oleh negeri Melayu dan disebut sebagai pegawai negeri Melayu, bukannya pegawai British.
Menuduh para syuhada tragedi Bukit Kepong sebagai pegawai British dan wajib dibunuh ialah satu tafsiran yang salah, serong dan tidak betul sama sekali.
Oleh: Azizul Farhan
___
Selam pengalaman Komander VAT69 menentang komunis bersama buku biografinya PERTEMPURAN DI HUTAN. Dapatkan Segera!
https://shope.ee/7zoyrqggTG
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih