Semua orang masih ingat filem Bukit Kepong. Pasti korang pernah tengok dikala nak menjelangnya bulan kemerdekaan. Rasanya semua orang setuju yang filem ni ialah filem patriotik Malaysia terbaik yang digarap selepas Sarjan Hassan.
Tapi macam mana kejadian sebenar berlaku?
Peristiwa ni mirip Battle of Alamo dimana penyerang lebih ramai daripada yang bertahan. Balai polis tersebut diserang segerombolan 180 komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.
25 anggota polis berjuang habis-habisan sehingga ke titisan darah terakhir. Dua isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila suami mereka terbunuh sehingga kehabisan peluru. Dalam kejadian itu, 17 anggota polis dan hampir 40 komunis terkorban.
Ia bermula sebelum Subuh, pengganas komunis lancarkan serangan gerila ke balai polis itu dengan tujuan memberi amaran kepada sesiapa yang berani menentang mereka. Diorang kena bersedia menanggung risikonya.
Pengganas komunis itu dipacu oleh beberapa faktor untuk tawan balai polis tersebut. Pertama, kedudukan balai yang terpencil. Kedua, kekuatan anggota polis dan senjata yang ada. Akhirnya, kawasan ni merupakan tempat pergerakan aktif bagi mereka.
Sebelum insiden, Balai Polis Bukit Kepong diperintah oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey. Namun, menjelang serangan itu, Sarjan Dancey digantikan oleh Sarjan Jamil Mohd Shah.
Pasukan polis terdiri daripada 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin di bawah pimpinan Sarjan Jamil. Mereka juga diperkuatkan dengan tiga konstabel polis khas dan empat Polis Tambahan untuk tugas pengawalan. Dengan itu, pasukan polis berjumlah 22 orang.
Selain itu, 13 isteri dan anak anggota polis lain tinggal di berek kelamin di belakang balai. Penempatan pasukan polis marin di situ disebabkan oleh sistem perhubungan yang sukar. Pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan bot menyusuri Sungai Muar.
Kira-kira 200 pengganas komunis menyerang dipimpin oleh seorang komunis Melayu yang terkenal, Mat Indera.
Mat Indera sebelum menyertai gerakan Bintang Tiga merupakan seorang guru agama yang melihat penentangan bersenjata sebagai kaedah terbaik menentang British. Dia tolak idea perjuangan berasaskan diplomasi.
Serangan yang mulanya dirancang hanya sebagai amaran berubah menjadi tragedi. Walau apa pun keterangan yang diberi, darah polis, wanita dan kanak-kanak terbunuh di tangannya.
Pertempuran bermula sekitar jam 4.15 pagi apabila Konstabel Jaffar Hassan menembak mati seorang pengganas komunis yang memotong kawat berduri di balai itu. Pengganas kemudian menyerang dari semua sudut terutama dari hadapan.
Polis terutamanya dari dua kedudukan submesingan Bren di dalam kubu bawah bilik kawalan sedaya upaya melawan walaupun bilangan mereka sedikit, mereka terus berjuang.
Pada jam 5.00 pagi, pasukan Polis Bantuan dan penduduk kampung bersenjata raifal dan senapang patah dari Kampong Jawa tiba untuk membantu. Mereka diserang oleh pengganas komunis tetapi berjaya meredakan tekanan kepada polis yang bertahan di Balai Polis Bukit Kepong.
Pada masa yang sama, pegawai kampung dari Kampung Durian Chondong guna sampan untuk beri bantuan, tetapi mereka juga diserang. Hanya separuh daripada mereka terselamat sampai ke Lenga dan memaklumkan serangan itu.
Selepas pertempuran berterusan selama lima jam, komunis akhirnya tawan balai polis. Diorang lemparkan sesiapa yang hidup tetapi cedera dan mayat ke dalam api yang membakar Balai Polis Bukit Kepong sebelum berundur.
Seramai 14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, empat pengawal kampung, tiga polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud dan tiga anak mereka terbunuh dalam insiden itu. Manakala empat anggota polis dan sembilan ahli keluarga terselamat.
Oleh: Azizul Farhan
___
Selam pengalaman Komander VAT69 menentang komunis bersama buku biografinya PERTEMPURAN DI HUTAN. Dapatkan Segera!
https://shope.ee/7zoyrqggTG
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih