Islam telah tiba di Melaka sejak zaman Parameswara lagi. Selain itu, ada beberapa lagi kerajaan Asia Tenggara yang memeluk Islam. Apabila raja mengucapkan dua kalimah syahadah, rakyatnya ikut menjadi muslim.

Parameswara memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Kesultanan Melaka menjadi kerajaan maritim yang kuat dan menggusarkan pihak Portugis.

Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. Oleh itu, Afonso de Albuquerque mengetuai penjajahan pada 1511 dan berhasil menumbangkan kota Melaka.

Pernah dengar Patani?

Kerajaan Patani di tangan Chau Sri Wangsa telah menjadi Islam selepas rajanya mengucapkan syahadah. Sultan mula memakai nama Sri Sultan Ahmad Syah.

Pada zaman kegemilangannya, Patani berjasa menyebarkan Islam ke Champa dan kawasan sekitarnya. Kesultanan Patani menerima tentangan hebat daripada kerajaan Siam yang beragama Buddha sehinggalah kejatuhannya pada 1785.

Betulkah Sulu Islam?

Kerajaan Sulu yang bertapak di utara Borneo menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Pengasasnya, Sultan Shariful Hisham atau Sayyid Abu Bakar bin Abirin al-Hashimi menjadikan Islam sebagai identiti kerajaan. Ketika zaman kegemilangannya, Sulu telah meluaskan jajahannya dari Mindanao sehingga ke bahagian timur Sabah.

Bagaimana dengan Brunei?

Awang Alak Betatar telah memeluk Islam dan menukarkan namanya kepada Sultan Muhammad Syah. Kesultanan Brunei terus menjadi kerajaan berdaulat di tanah Borneo sehingga ke hari ini.

Apa yang menarik, Brunei menekankan Ahli Sunnah wal Jamaah dan mazhab Syafie sebagai pegangan rasmi negara. Sebarang fahaman luar diharamkan masuk.

Lebih awal lagi, Samudra Pasai.

Merah Silu memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Malikus Saleh pada 1267. Beliau menikahi puteri dari Perlak dan dianugerhakan sua orang putera. Di tangannya, Samudra Pasai menjadi pusat penyebaran Islam di Asia Tenggara yang ternama.

Terdapat juga beberapa catatan lain tentang kerajaan Perlak dan Kedah. Apa yang penting, agama Islam memainkan peranan penting sebagai pegangan rasmi kerajaan.

Selain daripada rempah ratus, hasrat untuk memadamkan sinar Islam di Asia Tenggara turut mencetuskan imperialisme barat ke tanah nusantara.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Banyak lagi trivia menarik kerajaan melayu untok korang teroka! Bacalah KITAB TAMADUN MELAYU. Diskaun 15 peratus sempena promosi 3.3 menanti korang! Klik: https://shp.ee/q54xkhl


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply