Ha inilah perayaan yang orang-orang Cina khususnya orang Hokkien raikan dengan mercun hari tu.

 

Apa benda Pai Ti Kong ni sebenarnya?

 

Pai Ti Kong ni diambil dari dialek orang Hokkien “Phai Thien Kong” yang bermaksud “berdoa kepada Dewa Langit.”

 

Diorang raikan pada hari ke-9 bulan pertama kalendar Cina sebab dipercayai hari tersebut sebagai ulang tahun Maharaja Jade (Thien Kong) yang lindungi nenek moyang orang Hokkien daripada serangan tentera Dinasti Ming.

 

Semasa serangan tu, orang Hokkien di Fujian cari perlindungan di ladang tebu pada hari ke-8 hingga ke-9 selepas Tahun Baru Cina sama dengan ulang tahun Maharaja Jade. Disebabkan diorang terselamat, orang Hokkien raikan hari tersebut sampai harini.

 

Walaupun diamalkan secara tradisional oleh orang Hokkien, sekarang ramai je orang bukan Hokkien yang raikan Pai Ti Kong ni.

 

Dalam kalendar Cina, hari bermula pada pukul 11 malam. Orang Hokkien mulakan sembahyang diorang pada pukul 11 malam pada hari ke-8 selepas Tahun Baru Cina.

 

Biasanya diorang sediakan meja yang ditutup dengan kain merah, dipenuhi dengan hidangan untuk dipersembahkan kepada Maharaja Jade.

 

Orang Hokkien pun akan sediakan “kim cua” atau kita biasa kenal dengan nama kertas sembahyang. Kertas ni akan digantung di tebu sebelum dibakar untuk dipersembahkan kepada Maharaja Jade.

 

Lepas dah dibakar, ahli keluarga akan campakkan batang tebu ke dalam api. Bunga api dan mercun diletupkan untuk menghalau roh jahat.

 

Itu sebab haritu kita dengar bunga api diletupkan sepanjang malam. Sambutan Pai Ti Kong ni biasanya berlangsung sampai 3-4 pagi.

 

Kalau kat Malaysia ni, sambutan paling meriah mestilah di Pulau Pinang. Sambutan dia bukan je terbesar di Malaysia, malah salah satu daripada yang terbesar di dunia. Ianya diadakan di Weld Quay, Georgetown setiap tahun.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Alang-alang bulan Tahun Baharu Cina ni, korang boleh belajar banyak lagi mitos-mitos Cina yang lain bersama KITAB TAMADUN CINA. Dapatkan segera! Rugi kalau habis!

https://shope.ee/509e6bR1FY


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply