Tahukah anda, seorang lelaki berkuda hampir-hampir membunuh Rasulullah SAW dalam Perang Uhud? Siapakah lelaki berkenaan? Apa yang dia buat?
“Di mana Muhammad!? Di mana Muhammad?! Biarlah nyawaku melayang kalau dia terlepas!” pekik seorang lelaki musyrik bernama Ibnu Qamiah,
Dalam kekabutan perang, matanya menangkap kelibat Rasulullah SAW yang tidak jauh dari situ. Dengan memecut kuda yang pantas, Ibnu Qamiah langsung meluru dan mengangkat pedangnya untuk memancung baginda.
Talhah bin Ubaidillah lincah menepis libasan pedang Ibnu Qamiah dengan sebelah tangannya, lantas jari-jari Talhah pun terputus. Serangan itu mengenai bahagian atas topi besi Rasulullah SAW, dan menggeser ke bahagian pelipis wajah baginda. Dua cincin pada topi tadi tercabut serta menikam ke dalam pipi baginda. Bilah pedang Ibnu Qamiah yang tajam itu terus menghentak ke bahu baginda, yang mujur dilindungi dua lapis baju besi. Baginda pun rebah ke bumi.
“Muhammad telah terbunuh! Muhammad telah terbunuh!” teriak Ibnu Qamiah yang menyangka Rasulullah SAW telah terbunuh. Ketumbukan kafir Quraisy ikut meneriakkannya sehingga perbukitan Uhud bergema dengan sahutan itu.
“Ya Uzza! Ya Hubal!” puja kafir Quraisy bersambut-sambutan.
Kaum muslimin berasa kecewa dan sedih luarbiasa. Meskipun segelintirnya sudah hilang harapan, namun seorang pahlawan bernama Anas bin Nadr memujuk sahabat agar tetaplah berjuang, “Mengapa kalian duduk di sini?” soal Anas. “Rasulullah telah terbunuh,” jawab mereka.
“Jadi, apa guna kalian hidup lagi? Bangkit dan berjuanglah sampai mati seperti baginda,” kata Anas sebelum dia menyerbu ke kancah peperangan. Anas bin Nadr mencatatkan sejarah sebagai syuhada Uhud, yang gugur dengan lebih 80 luka di tubuhnya.
Mus’ab bin Umair yang masih bertahan kini dihimpit dari banyak arah. Tiba-tiba, seorang pahlawan berkuda menerpa dan menebas tangan kanannya sehingga terputus.
Mus’ab tidak mengaduh, malahan dia membaca ayat ke-44 Surah Ali Imran, “Tidaklah Muhammad melainkan seorang utusan sebagaimana utusan-utusan sebelumnya. Apakah jika Ia meninggal dunia atau terbunuh, kalian akan kembali ke belakang.”
Mus’ab mengambil panji dengan tangan kirinya dan mengibarkannya tinggi. Dia bertahan dengan membongkok agar panji itu tetap tegak dalam dakapannya. Musuh pun datang menyambar dan menghunjam tombak ke tubuh Mus’ab sehingga dia gugur syahid.
Pasukan kafir Quraisy meyakini kemenangan telah jatuh ke tangan mereka, serta cita-cita utama membunuh Rasulullah SAW sudah tercapai. Dalam masa sama, ketumbukan Islam sedang kucar-kacir. Di tempat baginda rebah, hanya tinggal 20 pahlawan muslimin yang bertahan. Justeru, kafir Quraisy beransur pergi daripada medan Uhud sambil membangga-banggakan kemenangan mereka.
Tidak lama kemudian, Rasulullah SAW pun sedar daripada pengsan.
Para sahabat melindungi baginda untuk bergerak ke sebuah lembah yang terpencil. Luka di pipi baginda masih berdarah, dan Abu Ubaidah pun mencabut cincin yang terbenam satu persatu dengan giginya sendiri. Sedang darah baginda menitis, Malik bin Sinan menyedut darah berkenaan dengan mulutnya sehingga berhenti.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Alangkah agungnya pengorbanan Nabi Muhammad SAW, mengorban nyawa baginda demi ummah. Korang kena hargainya dalam MUHAMMAD DAKWAH DAN DIPLOMASI. Klik: https://shp.ee/5nn5iw3
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih