Selamba je orang sekarang ni berzina, rakam dan sebarkan. Kalaulah diorang tahu pedihnya seksaan api neraka, mesti takkan sanggup!
Sepanjang Isra dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW dibawa malaikat Jibril untuk melihat penyeksaan yang ditanggung penghuni neraka. Bayangkan, kalau api dunia pun dah cukup panas, inikan lagi api neraka yang 70x ganda lagi menyeksakan!
Penzina kena baca ni.
Rasulullah SAW melihat penzina perempuan yang buat seks bebas, dicangkuk buah dadanya dan digantung di dalam neraka. Bau mereka sangat busuk dan meloyakan.
Ada juga sekumpulan orang yang memecahkan kepalanya sendiri, dan setiap kali pecah, ia tumbuh semula lalu mengulang lagi perbuatan yang menyakitkan itu.
“Siapa mereka ya Jibril?”
“Merekalah orang yang berat kepalanya daripada mendirikan solat.”
Ada lagi sekumpulan orang yang tidak berpakaian kecuali seperca kain di kemaluan. Tindak-tanduk mereka seperti binatang, serta dihalau untuk memakan buan zaqqum yang berduri lagi panas membara.
“Siapa mereka ya Jibril?”
“Itulah mereka yang tidak membayar zakat.”
Ada juga sekumpulan orang yang diberikan daging yang masak di dalam periuk, namun mereka memilih untuk makan daging yang busuk lagi menjijikkan. Perbuatan mereka sungguh meloyakan.
“Siapa mereka ya Jibril?”
“Merekalah laki-laki daripada umat tuan yang mempunyai isteri yang halal dan baik, tetapi ditinggalkan lalu memilih untuk berzina dengan perempuan kotor sehingga subuh. Begitu juga, merekalah orang perempuan yang mempunyai suami, tetapi memilih untuk berzina dengan lelaki jahat sehingga subuh.”
Baginda juga menemui sekumpulan manusia yang tubuh badannya dicarik-carik oleh dengan cawang duri.
“Siapa mereka ya Jibril?”
“Merekalah orang yang mengintai di jalanan, dan merampas harta orang yang melaluinya.”
Di neraka, ada juga orang yang berenang di dalam sungai daripada darah, dan dilontarkan batu-batu ke mulutnya.
“Siapa mereka ya Jibril?”
“Merekalah orang yang memakan riba.”
Baginda menemui juga sekumpulan lelaki yang mengumpulkan kayu-kayu untuk dipikulnya, tetapi tidak berdaya kerana terlalu banyak. Namun dia menambahnya lagi.
“Siapa mereka ya Jibril?”
“Merekalah orang yang diberikan amanah dan gagal melaksanakannya? Tetapi meminta untuk ditambah lagi.”
Ada lagi sekumpulan manusia yang menggunting lidah dan bibirnya dengan gunting api neraka. Setiap kali digunting, ia tumbuh semula dan mereka mengulang seksaannya lagi.
“Siapa ini ya Jibri?”
“Merekalah khutaba al-fitnah, yang mengajarkan sesuatu yang tidak dia laksanakan sendiri.”
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Korang yang nak mendalami sejarah tamadun Islam sebenar supaya terjaga akidah, dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM. Klik: https://shp.ee/dqowjsn
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih