Makyong merupakan tarian tradisional yang diasaskan di Kerajaan Pattani. Usia sebenar Makyong tak dapat dipastikan.
Menurut Hikayat Patani, Makyong dibawa ke Kelantan lebih 200 tahun dahulu. Kemudian ia berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain.
Makyong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai Pementasan Diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehingga 1920-an.
Korang tau tak yang Makyong ni pernah diharamkan di Kelantan?
Makyong merupakan tarian berunsurkan mistik yang memiliki hubung kait dengan alam ghaib.
Penari akan berlakon jadi watak puteri dan watak raja lalu berpentasan dengan cerita-cerita yang dikarang oleh mereka.
Makyong ni pun mempunyai unsur semangat sehingga berpotensi mendatangkan insiden separa sedar, tak sedarkan diri dan kerasukan.
Selain itu, Makyong dikatakan khurafat kerana mempunyai unsur-unsur ritual.
Kerajaan negeri Kelantan haramkan Makyong dan beberapa lagi kesenian lain seperti Wayang Kulit, Menora dan Main Puteri pada tahun 1991.
Alasannya kerana ia didakwa mengandungi perkara yang mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah seperti pemujaan.
Pemerintahan Angkatan Perpaduan Ummah yang dipimpin oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz merupakan satu titik tolak dalam proses mengIslamisasikan Kelantan.
Kerajaan negeri Kelantan begitu ambil berat berkaitan isu akidah ini dan berusaha untuk banteras unsur-unsur yang menyeleweng pemikiran dan kepercayaan umat islam dari terus terjerumus ke kancah syirik dan khurafat.
Selepas hampir 30 tahun, Makyong buat julung kali dipersembahkan kembali kepada umum selepas melalui proses pengubahsuaian kandungan dialog dan mendapat kelulusan dari kerajaan negeri dan Jabatan Mufti Kelantan pada tahun 2019.
Oleh: Azizul Farhan
___
Menarik kan cerita pasal Makyong ni? Makyong siap dapat pengiktirafan UNESCO pada 2005. Tertarik nak baca banyak lagi cerita rakyat? Dapatkan KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU. Dapatkan segera di Shopee kami:
https://shope.ee/6zuOAQYyBR
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih