Memandangkan sekarang hangat diperkatakan mengenai Ashabul Kahfi. Baik juga jikalau saya ceritakan bagaimana Asbabul Nuzul cerita Ashahul Kahfi ni.
Sebenarnya sumber-sumber terawal yang menceritakan kisah mereka, semua dari sumber Kristian.
Jadi, sebab itu dalam nak uji kenabian Rasullulah S.A.W, ditanyakan kepada nabi akan kisah ini.
Kalau nabi yang buta huruf ini tahu kisah ini, maka tak syak lagi baginda ialah nabi akhir zaman!
Kisah paling awal yang berkisarkan tentang 7 orang pemuda ini sangatlah masyhur dalam tradisi awal masyarakat di sekitar Syria yang popular sekitar abad ke-6 Masihi, terutama dalam homili (khutbah singkat dalam gereja Ortodoks Timur) yang dikarang oleh seorang pemuisi terkenal dari Eddessan iaitu Jacob Of Sarug (450-521 Masihi).
Yang konon diambil dari sumber Yunani yang lebih awal yang dipercayai hilang dalam sejarah, yang telah dimuatkan dalam Acta Sanctorum yang merupakan sebuah ensiklopedia yang terdapat 68 buah volume, yang menempatkan tentang sejarah setiap wali Kristian pada hari-hari tertentu.
Ensiklopedia ini telah diterbitkan pada 1643 sehingga 1794 Masihi. Kiranya salah seorang pengarang ensiklopedia ini dapat menjejak punca dan akar kepada kisah hebat 7 pemuda yang ditidurkan TUHAN dalam sebuah gua.
Ia dipercayai mula disebarkan secara meluas dalam dunia Kristian, dan dipopularkan di Barat oleh Gregory dari Tours (538-594 Masihi), ketika lewat abad ke-6 Masihi dalam naskah nukilan beliau yang bertajuk Glory of the Martyrs, yang di mana Gregory sendiri mendakwa memperoleh kisah 7 pemuda ini daripada legenda yang terkenal di sekitar Syria.
Dalam sumber-sumber awal yang menceritakan tentang pemuda Ashabul Kahfi ini, dikatakan bahawa mereka hidup ketika era pemerintahan Maharaja Rom yang bernama Decius, di sekitar kota di Ephesus yang kini sebahagian dari Turki Moden, sekitar 250 Masihi apabila ketika itu, tujuh pemuda ini begitu teguh berpegang pada tauhid Nabi Isa A.S.
Ketika itu, Decius meminta agar penghuni kota di Ephesus menyatakan taat setia mereka pada tuhan pagan Rom dengan melakukan pengorbanan kepada mereka.
Mereka menolak kepada arahan ini akan diseksa dan pastinya, hukuman mati menanti mereka.
Lalu kisah bagaimana pemuda-pemuda ini dikatakan diarahkan untuk menghadap kepada Maharaja Decius memandangkan tauhid mereka telah terbongkar.
Ketika dihadapan Maharaja Decius, mereka memilih untuk mengakui tauhid mereka dan tidak sesekali mengabaikan nikmat monotheism yang dipeluk oleh mereka.
Namun, Maharaja Decius melepaskan mereka, dengan harapan hati mereka akan lembut pada ajaran pagan ketika dia turun berperang.
Namun, mereka yang masih teguh pada kepercayaan mereka kemudiannya memilih untuk berundur ke sebuah gua yang terletak di pinggir kota.
Ketika berada di dalam sana, mereka telah tertidur. Dalam versi asal Kristian dan Judaism, dikatakan bahawa Decius sendiri yang menutup jalan keluar mereka dari gua, manakala mereka telah mula ditidurkan oleh TUHAN.
Pada beratus tahun kemudian, dipercayai pada pemerintahan Maharaja Theodosius II sendiri, apabila terdapat seorang pemilik tanah tadi mengambil keputusan untuk membuka kembali laluan yang ditutup beratus tahun sebelum akhirnya menemui pemuda yang sedang tertidur ini.
Menjangkakan bahawa mereka hanya tidur selama semalaman, maka salah seorang daripada mereka dihantar untuk ke kota untuk membeli barang keperluan.
Ketika mereka sampai ke kota pada waktu itu, dikatakan bahawa Ephesus bukanlah seperti zamannya, namun ajaran Tauhid Nabi Isa telah tumbuh subur di sekitar Ephesus berbeza dengan zaman mereka yang penuh dengan unsur paganism.
Wakil pemuda tersebut pun membeli roti sebagai makanan. Namun, duit syiling yang digunakan ialah ketika zaman Decius, bukannya pada zaman pemerintahan Theodosius membuatkan mereka telah ditangkap dan dihadapkan pada penguasa kota tersebut, atas alasan menipu kerana tidak ada siapa pun yang pernah melihat syiling yang berlambangkan Maharaja Decius itu.
Terkejut dengan kisah pemuda tersebut, maka penguasa kota bersama beberapa orang pemuda pun bergerak ke gua yang diceritakan sebelum menjumpai pemuda yang lainnya.
Menganggap bahawa ia adalah keajaiban Tuhan. Tidak lama kemudian, kisah ini sampai ke telinga Maharaja Theodosius, lalu maharaja Rom ini menghadap pemuda ini, sebelum pemuda ini kemudian kembali tidur, tetapi kali ini untuk selama-lamanya.
Nama pemuda ini dikenali sebagai Maximilian, Iamblicus, Martinian, John, Dionysius, Exacustodianus dan Antoninus. Begitulah kisah yang sangat terkenal dalam teks-teks Christianity dan Judaism.
Lalu, kisah tentang mereka inilah yang ditanyakan oleh pendeta Yahudi, kepada Rasulullah S.A.W.
Maka kisah sebelum ini menjadi legenda, telah dibenarkan oleh Al-Quran dengan kisah yang menandingi kisah yang menyelubungi umat Kristian dan Yahudi, sehingga ditanyakan kepada Rasulullah untuk menguji kenabian Rasulullah S.A.W.
Di dalam Al-Quran, tidak disebutkan nama kerajaan, nama pemuda tersebut, atau juga lokasi tersebut.
Pendapat peribadi saya, tujuan Al-Quran menceritakan kepada umum agar terbuka kepada umat Islam untuk mengkaji lebih lanjut tentang siapakah pemuda ashabul kahfi ini dan akhirnya menambahkan ilmu kita.
Pemuda ashabul kahfi di dalam Al-Quran mempunyai sedikit perbezaan dengan versi yang sudah menjadi legenda di kalangan orang Kristian dan Yahudi.
Al-Quran menceritakan bahawa terdapat seekor anjing yang menemani pemuda ashabul kahfi ini, dan kewujudan anjing ini tidak langsung disebut dalam naskah sejarah Kristian dan Yahudi.
Bahkan, Al-Quran dengan jelas menyebut bahawa pemuda ashabul kahfi ditidurkan selama 300 tahun berdasarkan kalendar solar yang digunakan oleh mereka yang bukan Islam, dan juga 309 tahun berdasarkan kalendar lunar yakni Kalendar Hijrah yang digunakan oleh umat Islam.
Bahkan, dalam Al-Quran menceritakan kepada kita bagaimana Allah menjaga pemuda ashabul kahfi ini, sesuatu yang tidak diceritakan dalam teks-teks sejarah Kristian dan Judaism.
Sebagai contoh, Al-Quran memberikan perumpaan bahawa pemuda ini tidur seperti mana seekor serigala, yang biasanya akan tidur dengan sebelah mata tertutup, dan sebelah mata lagi terbuka. Kalau kita melihat dari jauh, nescaya kita akan menyangka bahawa mereka masih berjaga.
Selain itu, Al-Quran juga menceritakan bahawa mereka sentiasa membalik-balikkan tubuh pemuda ashabul kahfi ini, agar tidak menyatu dengan tanah, memandangkan manusia dan tanah diciptakan dari unsur yang sama.
Nama-nama versi lain, yang saya diungkapkan dalam Bahasa Arab ialah Tamlikha, Maksalmina, Marthunus, Nainunus, Saryunus, Zunuwanus dan Falyastathyunus.
Masih berbaur Yunani kalau ditanyakan kepada saya memandangkan kisah ini dikatakan berlaku disekitar wilayah yang memang pernah berada dibawah pengaruh Yunani dan Rom.
Oleh: Helmi Effendy & Azizul Farhan
___
Dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM bersama Kalendar Tamadun 2024 yang hanya ada untuk masa terhad ni je! Dapatkan cepat!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply