Malam tadi kita baru je lihat JDT julang Piala Malaysia untuk dua kali berturut-turut. Sekaligus membuktikan dominasi total JDT terhadap bola sepak Malaysia. Sebenarnya benda ni tak pelik sebab sejak dulu Johor selalu mendominasi.
Buktinya ada pada bahasa yang tengah korang cakap hari ni. Persoalannya macam mana dialek Johor-Riau boleh diangkat sebagai bahasa pertuturan di Malaysia?
Apabila Radio Malaya mula bersiaran di Singapura, dialek Johor-Riau telah digunakan sebagai bahasa pertuturan. Satu benda yang korang kena tahu, Singapura merupakan salah satu wilayah yang pernah bernaung di bawah empayar Johor. Maknanya orang-orang dekat sana memang cakap guna dialek Johor-Riau.
Maka orang Melayu yang selalu dengar radio mula terbiasa dengan dialek Johor-Riau. Pengaruh dialek ni makin meluas setelah Radio Malaya berpindah ke Kuala Lumpur. Memang banyak perkataan yang berakhir dengan huruf /a/ tetapi disebut menggunakan huruf /ə/ ataupun ‘e pepet’ seperti kitə mula kedengaran di radio.
Benda ni membuatkan negeri utara dan Borneo yang buka stesen radio sendiri turut gunakan dialek Johor-Riau. Lama-kelamaan, dialek Johor-Riau diangkat sebagai bahasa pertuturan standard dan dikenali sebagai Sebutan Johor-Riau.
Bermula sejak itulah Sebutan Johor-Riau terus menjadi bahasa pertuturan standard dekat Malaysia. Walaupun kita pernah beralih seketika ke Sebutan Baku tapi akhirnya kembali juga kepada Sebutan Johor-Riau.
Jadi kepada korang semua, Johor ni sejak dulu banyak memainkan peranan penting dekat Malaysia. Boleh dikatakan Johor antara tulang belakang Malaysia.
—
Kalau korang nak tahu lebih banyak tentang Johor, boleh baca TASJIL ANIS SALATIN: RAHSIA AGUNG JOHOR. Boleh dapatkan di https://bit.ly/TAS2Dis
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih