Kalau korang godek godek video biawak Komodo makan benda dekat Youtube, Twitter mahupun di FB, korang akan perasan biawak Komodo ni dia telan seekor terus, walaupun binatang tu rusa. Kalau dekat kampung, mungkin korang pernah nampak biawak air telan ayam macam tu je. Macam mana dia boleh telan macam tu tanpa perlu koyakkan rusa dan ayam tu?
Jawapannya sebab sesetengah biawak tak ada tulang rahang macam kita. Kiranya, tulang rahang fleksibel. Jadi, dia boleh telan benda yang besar selagi mana boleh muat masuk mulut dia. Benda ni bukan je ada pada biawak, malah ada juga pada binatang seperti ular, terutamanya ular sawa. Sebab tu ular sawa boleh telan kambing seekor, sebab tulang rahang dia tak bercantum.
Cumanya, biawak ni ekstra sikit. Kalau dia susah nak telan, dia akan tolak badan haiwan yang dia bawah tu pada pokok, jadi pokok tu tolong tolak haiwan tu masuk dalam tekak dia. Punya kuat dia tolak kadang kadang pokok pun boleh tumbang.
Ni cerita biawak air dan Komodo lah. Kalau biawak rumah dia lain sikit. Kerja dia buat tiap hari buat perabih beras dan tido kat bilik tak kerja.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply