Ikan todak merupakan antara ikan terpantas dalam air laut. Kelajuan maksimum ikan ni boleh berenang ialah 64 km per jam. Dan kalau kita tengok dari sudut biologi pun, memang ikan ni dah berevolusi untuk berenang laju.
Contoh kita tengok badan dia je lah. Halussss. Idoklah nak kata halus nipis macam kertas tu, tapi aerodinamik lah. Badan dia pun tak ada sisik. Di kepala dia pulak, ada rembesan minyak untuk satu badan dia. Jadi bila badan dia halus, tak ada sisik dan berminyak, rintangan air tu masa dia berenang tu tak terasa sangat. Benda macam ni kita boleh tengok pada kapal kapal lama dulu.
Dasar kapal selalunya halus dan nipis jugak. Kemudian, bila sampai pelabuhan, selalunya bahagian dasar kapal tu akan dilumur minyak. Sebab itu lemak ikan paus dulu penting untuk industri perkapalan, sebab nak minyak untuk dasar kapal ini lah.
Dan disebabkan semua bend ani ikan todak berenang pada kelajuan yang sangat laju sampai bila dia cecah permukaan air, terus terbang ikan ni. Jadi, dengan muncung tajam dia tu dan kepantasan dia sampai tahap boleh terbang atas air, dia boleh tak tikam orang?
Jawapannya, ya, Boleh tikam orang. Kes ini pernah berlaku banyak kali di seluruh dunia. Contoh kes ni boleh ditonton dalam Youtube sendiri melalui channel Beauchat Ching yang menunjukkan seorang pemancing dengan betis yang ditikam muncung ikan marlin, spesis adik beradik ikan todak. Selalunya muncung ikan ni digunankan bukan untuk menikam, tapi untuk menghentak ikan ikan lain semasa ikan todak tengah berenang laju. Jadi bila ikan lain terlanggar muncung ni, mereka macam kena hentak dan pengsan.
Cuma, itulah. Sebab ikan ni berenang pantas sangat, kadang kadang bila dia melompat keluar air tu dia boleh tikam orang sekali. Jadi mitos Singapura Dilanggar Todak tu boleh dikatakan sebagai ‘boleh jadi’, cumanya ramai ilmuwan menganggap kisah itu lebih kepada metafora Singapura dilanggar Majapahit atau Siam.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply