Ramai orang tidak tahu bahawa sufi cinta, Maulana Jalaluddin Rumi ada 2 orang isteri. Tetapi, sebelum cik akak nak marah-marah tak tentu pasal, baca dulu cerita sebenarnya.
Pada usia 18 tahun, Rumi telah menikahi Gevhar Khatun. Gadis ini merupakan anak perempuan Sharafuddin Samarqandi, murid kepada ayahandanya. Gevhar digambarkan sebagai gadis yang cantik dan berbudi bahasa. Dia juga mengikuti pengajian ayah Rumi, Sultanul Ulama Bahauddin Walad dari umur tujuh tahun.
Pernikahan Rumi dengan Gevhar Khatun dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu Sultan Valad dan Alauddin. Mereka hidup bahagia walaupun terpaksa menempuh perjalanan panjang dari Balkh ke Anatolia kerana menyelamatkan diri daripada keganasan Mongol.
Sewaktu umur Rumi awal 30-an, Gevhar Khatun meninggal dunia. Dia menghembuskan nafas yang terakhir tidak lama setelah Rumi pulang daripada pemusafiran ilmu di Damsyik dan Aleppo. Anaknya, Sultan Valad baru berumur 8 tahun sementara Alauddin berumur 7 tahun. Rumi menghantar mereka untuk mengaji ke negeri Syam.
Selepas itu, Rumi berkahwin lagi dengan seorang janda yang bernama Kerra Khatun. Dari perkahwinan ini, Rumi mendapat dua orang zuriat iaitu iaitu Alem Chelebi dan Maleke Khâtun. Banyak kisah-kisah romantis Rumi dengan Kerra Khatun yang membuatkan kita tersenyum.
Kerra Khatun pernah mengadu, “Saya tidak sanggup untuk kehilangan abang.”
Rumi memujuk isterinya, “Aku mempunyai dua ikatan di dunia ini. Pertama ialah ikatan kepadamu. Kedua, ialah ikatan kepada jasadku. Dengan rahmat Allah, aku bangkit melangkaui dua dunia dan menjadi satu, iaitu apabila tauhid menjadi nyata kepadaku. Ikatan denganmu akan kekal dan aku akan tetap menjadi milikmu.”
Dalam bahasa mudah, cinta Rumi kepada Kerra Khatun akan berkekalan meski roh berpisah daripada badan. Esok di alam akhirat, Rumi berharap untuk bersama-sama dengan isterinya di syurga yang kekal abadi buat selama-lamanya. Inilah takrif cinta sampai syurga.
Sebelum Rumi menutup mata, Kerra Khatun pernah merayu: “Suamiku yang tersayang, saya berharap abang dapat mengisi makna hakikat di dunia ini dengan lama. Biar hidup hingga tiga atau empat ratus tahun lagi.”
Rumi menjawab: “Mengapa? Kita bukan Firaun dan Namrud. Apa yang perlu kita lakukan di dunia ini? Bagaimana kita boleh mendapat keamanan dan ketenangan di dunia ini? Kita dimasukkan ke dalam penjara duniawi untuk beberapa tempoh sebelum dibebaskan. Semoga tidak lama lagi kita akan kembali ke hadrat Allah yang dikasihi.”
Bak kata Rumi: “Berkahwinlah, agar dapat belajar hidup sabar dengan jantina bertentangan, agar belajar mendengar permintaan mereka, agar dapat belajar hidup bersama susah dan senang. Dengan cara ini ia memperbaiki peribadi kita sendiri.”
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Promosi istimewa dengan diskaun 20% untuk pembeli-pembeli terawal! Klik: bit.ly/RumiX11 atau https://shp.ee/e6n9puy
Nak ingatkan juga pada korang, Pesta Buku Antarabangsa Selangor akan berlangsung tak lama lagi. Jumpa anda di sana!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih