Umat Islam terkenal dengan sifat suka tolong-menolong. Buktinya, Khilafah Turki Uthmaniyah pernah menghantar misi kemanusiaan ke Ireland yang sedang dilanda kebuluran. K

orang yang pernah baca ‘Potato People’, ingat lagi tak?

Semasa ‘The Great Famine melanda Ireland pada 1845-1849, Uthmaniyyah menyumbangkan £1,000 sterling dan tiga buah kapal yang penuh dengan bekalan makanan, ubatan dan keperluan asas. Ia berlabuh di Drogheda, Ireland.

Kira-kira sejuta orang terkorban kerana wabak kentang yang merosakkan sumber makanan ruji mereka. Ramai yang melarikan diri ke Amerika Syarikat , England, Kanada, dan Australia. Sultan Khaleefah Abdul Mecid mahu memberikan £10,000 sterling kepada rakyat Ireland tetapi baginda dipaksa oleh para menteri dan diplomat Britain supaya mengurangkan jumlahnya kepada £1,000 sterling. Kerajaan bimbang jumlah yang besar itu akan mengatasi sumbangan dari Ratu Victoria sendiri yang hanya menyumbang £2,000 sterling.

Sultan ikut desakan Ratu Victoria itu lalu memberi £1,000 sterling. Di belakang tabir, Sultan mengarahkan pula operasi penghantaran tiga buah kapal yang mengetuai misi kemanusiaan ke sana. Kerajaan British dapat menghidu perancangan ini dan cuba menghalang kapal-kapal daripada berlabuh di pelabuhan Dublin.

Apa yang Uthmaniyah mampu buat?

Tetapi, apa yang terjadi adalah di luar jangkaan British. Misi kemanusiaan Uthmaniyah tiba lebih awal di pelabuhan Drogheda. Bekalan-bekalan itu pula diangkut ke daratan lalu ditinggalkan oleh para pelayar Turki.

Peristiwa bersejarah ini membuktikan Islam adalah agama persaudaraan dan kasih sayang yang tidak mengenal batas agama, bangsa dan negara. Jarak yang jauh bukanlah sesuatu yang mustahil pada era moden kini, kerana yang paling penting adalah keikhlasan untuk menyambung kepada kemanusiaan.

Apa yang rakyat Drogheda balas?

Drogheda tidak pernah melupakan jasa Uthmaniyah yang memberi mereka makan di amsa kebuluran. Gabenor Drogheda telah menambah simbol bulan sabit dan bintang yang amat sinonim dengan identiti bangsa Turki itu pada emblem daerah Drogheda. Logo pasukan bolasepak Drogheda FC juga mempunyai simbol yang lebih menyerlahkan identiti Turki itu.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply