Apa yang korang akan buat kalau lalat hinggap kat muka? Mesti la halau kan. Tahukah anda, ada kisah benar tentang seorang lelaki yang masuk syurga kerana seekor lalat dan kawannya pula masuk ke neraka kerana seekor lalat juga. Pernah dengar?

 

Kisah ini boleh didapati dalam kitab tafsir al-Quran dan kitab Syarah Aba’inan Nawawiyyati. Ia direkodkan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW, Riwayat Ahmad.

 

Pada suatu hari, ada dua orang kawan yang bertolak untuk bermusafir jauh. Dalam perjalanan mereka ke negeri asing, kafilah ini terpaksa melalui sebuah perkampungan yang menyembah berhala. Malang bagi mereka, kedua-dua kawan ini telah ditahan oleh penduduk kampung.

 

“Kalau engkau ingin bebas, buatlah korban untuk berhala!”

 

Orang kampung yang menyembah berhala itu bersikap ekstrim. Mereka tidak mahu melepaskan dua orang kawan ini melainkan dengan korban. Mengikut kepercayaan pagan, berhala-berhala yang disembah perlulah diberikan korban manusia, binatang atau serangga bagi mengelakkan bala bencana.

 

“Aku tidak ada apa-apa untuk dikorbankan,” jawab salah seorangnya.

 

“Kalau begitu, korbankanlah walau seekor lalat!” arah penyembah berhala.

 

Dia bersetuju dan mengambil seekor lalat yang sedang terbang. Tanpa teragak-agak, korban itu diberikan kepada berhala sebagai korban. Setelah itu, salah seorang kawan itu pun dibebaskan untuk meneruskan perjalanannya.

 

“Berkorbanlah!”

 

“Aku tidak patut menunaikan korban kecuali kepada Allah!” tegas seorang lagi kawan.

 

Penduduk kampung menjadi berang dengan jawapan dari lelaki tersebut. Mereka menangkap dan mengheretnya ke tempat hukuman. Tanpa mengambil masa yang panjang, penduduk kampung pun memenggal leher kepalanya. Maka, bergoleklah kepala salah seorang kawan itu.

 

Penduduk kampung melepaskan kawan yang sudah membuat korban dengan seekor lalat tadi. Mereka juga telah membunuh seorang lagi kawan yang enggan berkorban walau seekor lalat kerana teguh dengan akidah mentauhidkan Allah.

 

Pada hari kiamat esok, lelaki yang mengorbankan seekor lalat kepada berhala itu akan dimasukkan ke neraka, manakala lelaki yang mati syahid kerana enggan mengorbankan seekor lalat itu masuk ke syurga.

 

Allah berfirman: “Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka..” (Surah Baqarah 2:26)

 

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply