Macam biasa, bila tengok filem atau cereka, aku banyak masuk side penjahat. Entah sejak bila aku ada kecenderungan macam ni, aku pun tak tahu. Always root for the bad guy. Bukan sebab jadi penjahat tu cool. Cuma aku boring dengan cerita yang asyik hero menang dan glorified macam hero tu maksum.

Satu benda kita kena tahu, semua pelakon boleh berlakon watak baik tapi tak semua pelakon boleh berlakon watak jahat.

Sekarang ini tengah trending pasal pelakon jahat dalam drama Ramadhan Nur iaitu Azhan Rani yang membawakan watak Ustaz Hamadi. Ini perkembangan positif. Ramai puji dia. Kita ni tak ramai pelakon yang boleh bawa watak jahat yang mampu memberi kesan kepada penonton. Sekurang-kurangnya, dapat beri kualiti lakonan yang memorable. Lepas tengok beberapa lakonan Azhan dalam drama tv, aku tak rasa exaggerating untuk cakap dia ni pelapis terbaik untuk melakonkan watak jahat.

Dah ramai pelakon baru yang cuba bawa watak jahat. Zul Huzaimy, Shaheizy Sam, Shamsul Yusof, Pekin Ibrahim, Aqasha, Hasnul Rahmat, Bront Palarae, Zamarul Hisham, Sharnaaz Ahmad, etc. Ramai. Tapi malangnya lakonan mereka tak dapat menonjolkan sisi jahat watak tu dengan baik hingga ia diingati penonton. Kalau yang power sikit pun si Que Haidar dalam filem Lagenda Budak Setan. Babak pukul tu macam pukul betul. Kemudian pelakon yang otai sikit macam Rosyam Noor, Eman Manan, M Rajoli, dan Yalal Chin.

Kalau kita biasa tengok cerita orang putih atau hindustan, kita nampak majoriti watak penjahat ni bukan yang terer bertumbuk, handal bergaduh, atau hebat bersilat (macam Yayan Ruhian). Tapi watak jahat segala jahat ni jenis ada aura, orang sentiasa rasa terancam di sekeliling dia, dan sukar dijangka. Benda tu kemudian diiringi dengan sifat azali penjahat tu. Misalnya kebolehan berkata-kata macan Amrish Puri (Godfather penjahat Bollywood).

Azhan Rani ni special sikit. Seolah-olah dilahirkan untuk berlakon watak jahat (kahkahkah). Sebab perawakan diri dia kot. Gaya muka dia, susuk tubuh dia, suara dia, dan bahasa tubuh dia. Semuanya cukup untuk jadi seorang penjahat.

Jika kita lihat balik pelakon-pelakon terdahulu yang signifikan dengan watak jahat, kita boleh nampak persamaan Azhan Rani dengan mereka. Masa awal-awal tengok dia berlakon, aku hanya bandingkan dia dengan Izi Yahya. Bila dah banyak kali tengok dia berlakon, dia ni bakal meneruskan legasi pelakon-pelakon watak jahat lain jugak sebab lakonan dia boleh dikatakan versatile. Bukan jahat satu pesen. Jadi jahat jual perempuan, jadi jahat bapak tiri dera anak, jadi jahat kutip hutang, dan sekarang jadi jahat ustaz jadian. Benda macam ni lah yang buat dia special dan menyamakan dia dengan pelakon watak jahat yang lain. Bagilah watak apa pun, asalkan penjahat, dia boleh buat.

Kalau kita tengok pelakon dulu-dulu, mereka macam itulah. Berlakon banyak cerita tapi majoriti jadi penjahat. Contohnya Shariff Dol, Salleh Kamil, S Kadarisman, dan Mahmood June. Generasi terbaru sikit yang terer jadi penjahat ni bagi aku arwah Izi Yahya dengan Nasir Bilal Khan je lah. Yang lain tu suam-suam kuku. Itu antara nama yang diingati sebab lakonan mereka sebagai penjahat. Itu antara pelakon Melayu yang real punya orang marah bila berlakon.

Suara lantang, jelingan tajam, karakter licik, bahasa tubuh yang mengancam, dan juga lakonan mantap, semua ada pada nama-nama tu.

Jadi, aku ucapkan selamat maju jaya kepada Azhan Rani. Sekarang ramai orang makin kenal dia. Semoga dia meneruskan legasi pelakon watak jahat ni ke tahap tertinggi agar orang tahu nak berlakon jadi penjahat ni lagi susah dari berlakon watak baik. Dah la dibenci penonton, kekadang ada penonton sampai meludah mereka sebab tak dapat bezakan lakonan dengan realiti. Ini pernah terjadi kepada Salleh Kamil dan Mahmud June.

Hanya yang kenal seni sahaja tahu sebuah seni menjadi penjahat.

Nota kaki : kalau tak tahan dicemuh masyarakat, berlakonlah watak kelakar nanti. Mahmud June tu ramai lupa lakonan watak jahat dia lepas berlakon jadi Pak Maun.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.