Semenanjung Sinai kena rembat dengan Israel masa Krisis Suez ni la. Itu yang Mesir tak puas hati gila dengan Israel.
Pada 1956, Israel bersama-sama Perancis dan Britain ceroboh Mesir untuk jatuhkan Presiden Gamal Abdel Nasser yang ‘memiliknegarakan’ Terusan Suez bagi Mesir.
Pakatan tiga negara ni juga cuba ambil alih terusan tersebut daripada kawalan kerajaan Mesir.
Kita patah balik sikit ke belakang.
Ketika Perang Dunia Kedua, Terusan Suez memainkan peranan penting sebagai laluan kapal-kapal yang membawa bekalan minyak.
Apabila tamat perang, Britain masih kekalkan kedudukannya di Mesir dan menempatkan seramai 80,000 anggota tentera menjadi petempatan tentera terbesar di luar Britain.
Pada bulan Oktober 1954, Britain setuju untuk nak berundur secara berfasa dari Mesir yang patutnya berakhir dalam masa 20 bulan.
Universal Company of Suez Canal yang pegang hak milik Terusan Suez pun akan serahkan hak milik tu kepada kerajaan Mesir pada 1968 berdasarkan perjanjian yang dah termeterai.
Namun pada 26 Julai 1956, Presiden Nasser umumkan kerajaan Mesir akan ambil alih Terusan Suez. Beliau isytiharkan Undang-Undang Nasionalisasi yang membekukan semua aset Suez Canal Company.
Pada masa yang sama Mesir buat keputusan untuk tutup Terusan Suez dan Selat Tiran kepada kapal-kapal Israel dan buat pengepungan ke atas Teluk Aqaba yang dianggap bertentangan dengan Konvensyen Konstantinopel 1888.
Keputusan Mesir yang secara langsung jejaskan ekonomi serta kepentingan ketenteraan Britain di Timur Tengah.
Pada 29 Julai 1956, kabinet Perancis ambik keputusan untuk ambik tindakan ketenteraan ke atas Mesir dengan kerjasama Israel.
Britain dijemput untuk sertai pasukan tentera gabungan diorang. Pencerobohan ke atas Mesir berlaku selama sembilan hari dari 29 Oktober sehingga 7 November 1956 dan mengakibatkan kematian kira-kira 4,000 orang awam dan anggota tentera Mesir.
Insiden ni mendapat kecaman antarabangsa yang membawa kepada peletakan jawatan PM Britain, Anthony Eden. Pasukan tentera Britain dan Perancis akhirnya terpaksa tinggalkan Mesir pada bulan Disember 1956 atas desakan antarabangsa.
Israel kekal di Sinai sehingga bulan Mac 1957. Selat Tiran dibuka semula kepada kapal-kapal Israel, pasukan pengaman United Nations Emergency Force (UNEF) ditubuhkan dan ditempatkan di Sinai.
Kedaulatan dan pemilikan Terusan Suez oleh Mesir diperakui oleh Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Perebutan Terusan Suez oleh Mesir dan Israel seterusnya menjadi asas kepada tercetusnya Perang Enam Hari sebelas tahun kemudian.
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tau macam mana Mesir hampir kalahkan Israel ketika Perang Yom Kippur? Dapatkan OPERASI BADAR MENCALAR KEANGKUHAN YAHUDI segera!
Pembelian anda akan disumbang ke Tabung Cinta Gaza Malaysia tanda solidariti anda kepada rakyat Palestin!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.