Hizbullah ni antara kumpulan yang turut main peranan ketika berlangsungnya konflik Palestin-Israel masa ni.

Ada sebab kenapa diorang ni bermusuh dengan Zionis Israel.

Untuk kenal siapa Hizbullah ni, kita kena undur masa sehingga sekitar tahun 60-an.

Waktu tu, Syiah merupakan golongan yang terkebelakang dalam bidang ekonomi, pelajaran dan sosial. Diorang lebih dikenali sebagai kelompok yang mengasingkan diri dan sering dilayan sebagai warga kelas kedua di Lubnan. 

Lama kelamaan benda ni mula berubah pada 70-an dengan tertib AMAL, sebuah pertubuhan yang menjadi payung kepada masyarakat Syiah, terutamanya di kawasan selatan Lubnan berusaha memperjuangkan nasib dan hak mereka sebagai rakyat Lubnan. 

AMAL merupakan singkatan kepada “Afwaj al-Muqawimah al-Lubnaniyah” (Batalion Penentangan Lubnan) dan AMAL di dalam bahasa Arab membawa maksud “Harapan.”

Musa Sadr, seorang ulama berketurunan Syiah Najaf yang tinggal di Iran berhijrah ke selatan Lubnan berjaya tiupkan semangat revolusi ke dalam hati para pemuda Syiah dengan membawa ideologi “Jihad Karbala.” 

Pada tahun 1975, tercetusnya peperangan saudara Lubnan. Sadr tubuhkan sayap ketenteraan AMAL. Sikap tak puas hati terhadap golongan Kristian Maronites yang berkuasa di Lubnan dan juga ahli Sunnah yang dominan mendorong AMAL untuk bersikap radikal.

Pada tahun 1978, ketika berkunjung ke Tripoli, Libya, Musa Sadr diculik dan hilang sehingga hari ini.

Walaupun beliau hilang, namun semangat revolusi beliau sentiasa berada di dalam hati-hati para penganut mazhab Syiah di Lubnan sehingga ke hari ini.

AMAL mula menceburkan diri ke dalam bidang politik. Pada tahun 1982, satu peristiwa besar berlaku menyebabkan AMAL terus berpecah. 

Penjajahan rejim Zionis ke atas Lubnan dan juga operasi “Peace in Galilee” dilancarkan oleh Ariel Sharon merubah lanskap AMAL.

Ronald Reagan, Presiden AS hantar Philip Habib sebagai wakil mereka menjadi orang tengah menyelesaikan peperangan tersebut. Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk gencatan senjata dan halau para pejuang PLO yang berpusat di Lubnan keluar daripada negara tersebut.

Perkara ni dapat bantahan umat Islam secara majoriti di Lubnan termasuk Perdana Menteri Lubnan, Rached Karami. 

Hussain Musnawi, orang kedua dalam AMAL buat bantahan terbuka. Iran cuba jadi orang tengah dalam masalah ni.

Musawi dan ramai dari kalangan anggota AMAL tinggalkan AMAL beramai-ramai dan berpusat di Baalbak, di Lembah Bika. Pada 12 Julai 1982, beliau tubuhkan AMAL al-Islamiyyah.

Kemunculan AMAL al-Islamiyyah ni merupakan titik awal tertubuhnya Hizbullah.

Iran hantarkan lebih 1500 pengawal revolusi ke Lubnan. Tujuan asalnya untuk menyertai peperangan membantu rakyat Lubnan melawan rejim Zionis. Tapi diorang ambil peranan sebagai pelatih kepada para pejuang Syiah AMAL al-Islamiyyah dengan pelbagai latihan peperangan.

Bermula dari saat inilah Syiah di Lubnan mula mengikut acuan kerajaan Syiah Iran.

Di bawah panji “Kehancuran bagi negara Zionis” yang dilaungkan oleh Khomeini, para pemuda Syiah Lubnan bangkit untuk memperjuangkan kemerdekaan Lubnan dan berusaha membebaskan al-Aqsa.

Pengaruh revolusi ni akhirnya merebak ke selatan Lubnan yang didominasi oleh masyarakat Syiah.

Pada tahun 1983, penyatuan kumpulan-kumpulan Syiah membawa kepada penubuhan Majlis Syura Lubnan.

Majlis Syura Lubnan ditukarkan namanya kepada “Hizbullah – Revolusi Islam Lubnan.” Hizbullah bawa maksud “Gerakan Allah”

Negara-negara Barat termasuk Amerika Syarikat tetapkan Hizbullah sebagai organisasi pengganas. Begitu juga dengan negara Arab Teluk yang menjadi sekutu AS, termasuk Arab Saudi. 

Kesatuan Eropah mengklasifikasikan sayap tentera Hizbullah sebagai kumpulan pengganas, bukan sebagai sayap politiknya.

Perang Lubnan 2006 menyaksikan Hizbullah melepaskan beribu-ribu roket ke arah Israel. Perang berakhir dengan gencatan senjata hasil campur tangan PBB.

Hizbullah ada hubungan rapat HAMAS dan Jihad Islam. Hizbullah turut melatih kumpulan yang disokong Iran di Iraq dan ambil bahagian dalam pertempuran di sana.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply