Kalau budak-budak RXZ rasa dah cukup power, sebenarnya korang masih tidak menandingi geng motor besar Nordic. Diorang punya power tu sampai mencetuskan Great Nordic Biker War (1994-1997) di kawasan Scandinavian.
Geng motor besar seperti Hell Angels, Bandidos dan lain-lain memang terlibat dengan penjualan dadah. Diorang dah menjual dadah Amphetamine, coke dan MMA ke serata Denmark, Sweden dan Norway. Bila kelab Hell Angels dah cukup besar, dia paksa pulak kelab-kelab lain join diorang.
Kelab lain ada yang tak bersetuju dan tercetuslah perbalahan. Beberapa nyawa terkorban. Pada 1993, diorang berkumpul di Paris dan bersetuju dengan gencatan senjata. Tapi nampak gaya, lain di mulut lain di hati.
Kelab Motor Hell Angels dan Bandidos terus berperang di antara satu sama lain dengan menggunakan proxy. Tempat lepak Bandidos kena bakar. Pengikut kelab Hell Angel terbunuh dalam satu serangan mengejut. Keadaan menjadi semakin tidak terkawal.
Sekitar 500 orang terlibat dalam perang geng motor ni dengan bersenjatakan RPGs, Anti-Tank Missiles dan bom tangan. Kebanyakan bekalan senjata ini dicuri daripada stok Swedish Army dan Danish Home Guard armories.
Pada 1994 dan 1996, Bandidos menyerang kelab lawan dengan menggunakan Swedish AT4s atau Russian RPG-22s. Kebanyakan serangan ini mensasarkan garaj motor atau clubhouse. Tragisnya, pada Oktober 1996, suatu serangan ke atas parti Hell Angel telah mengorbankan seorang ibu tunggal dan mencederakan 19 orang yang lain.
Peperangan yang mengorbankan nyawa ini ditamatkan apabila presiden Hell Angel bertemu dengan presiden Bandidos pada September 1997. Diorang mencapai kata sepakat untuk berdamai dan peristiwa bersejarah ini dipertontonkan di kaca TV.
Selepas insiden berdarah ini, polis Eropah lebih berhati-hati dengan gang motor besar. Macam kat Malaysia la, bila banyak terjadi kes kemalangan melibatkan motosikal laju sampaikan orang awam putus kaki dan hilang nyawa, pihak polis kena la buat operasi pukat nak tangkap pesalah jalanraya. Bukan saja-saja tu.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Perang Geng Motor ini terjadi di Eropah. Mereka memang kaya dengan budaya dan sejarah dunia yang panjang. Kalau korang nak tahu lebih mendalam tentang sejarah Eropah, korang boleh beli TAMADUN EROPAH yang akan dijual pada 25/9/2023. Kami jual dalam harga RM 33, tapi kalau korang beli awal, korang boleh dapat DISKAUN. Buat sementara waktu ni korang boleh beli buku kami yang lain di http://bit.ly/bukupatriots
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih