Mamat yang dulu pernah scam satu Malaysia pasal biasiswa dia bersama NASA dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mesti tak boleh lawan False Dmitry.

 

False Dmitry I ialah orang pertama dalam sejarah Rusia yang naik takhta dengan bantuan pemberontakan dan di sebenarnya menggunakan identiti palsu!

 

Identiti sebenarnya masih banyak diperdebatkan. Baginda mendakwa ketika Time of Trouble di era pemerintahan Tsarevich Dmitry Ivanovich (1582-1591), anak bongsu Ivan the Terrible dan isterinya Maria Nagaya melarikan diri dari percubaan dibunuh pada tahun 1591, ketika beliau baru berusia sembilan tahun.

 

‘Dmitry’ ni dedahkan identitinya semasa berada di Poland dan diakui oleh Raja Sigismund III Vasa sebagai anak kepada Ivan the Terrible.

 

Mungkin raja Poland tak percaya pun, tapi raja Poland nak gunakan penipu tu untuk serang tanah Rusia.

 

Dmitry menyerang Rusia yang sedang dilanda rusuhan bersama beberapa ribu bala tentera, tiba-tiba ramai yang mempercayainya sebagai anak raja.

 

Tsar Boris Godunov tiba-tiba meninggal dunia di Moscow. Dmitry memasuki Kremlin, Moscow pada bulan Jun 1605.

 

Dmitry menjanjikan perubahan besar kepada bangsawan dan petani perubahan besar. Dmitry naik sebagai Tsar Rusia pada Julai 1605. Baginda bawa pulang banyak bangsawan dari buangan, batalkan cukai untuk beberapa tanah Rusia dan merampas tanah daripada Gereja Rusia.

 

Tak lama kemudian, orang Rusia mula syak Dmitry ni penipu kerana Dmitry tak patuhi gereja dan langgar adat Rusia dalam pemakaian dan kehidupan seharian.

 

Dmitry ni makan ham yang dilarang sama sekali mengikut adat Rusia. Dmitry ni jugak pakai pakaian Eropah dan habiskan masa dengan orang asing serta berkahwin dengan Marina Mniszech, seorang wanita bangsawan Katolik Poland.

 

Dmitry langgar hampir setiap adat Ortodoks Rusia yang sepatutnya dipatuhi oleh seorang tsar.

 

Akhirnya, False Dmitry dibunuh dengan ganas oleh segerombolan bangsawan yang marah hampir seminggu selepas perkahwinannya, pada 17 Mei 1606.

 

Gerombolan itu diketuai oleh Vasiliy Shuisky (1552-1612) yang akan menjadi Tsar seterusnya. Mayat Dmitry dicampak ke dalam tanah di salah satu dataran Moscow untuk dicemari dan dinodai oleh orang ramai. Topeng jester diletakkan pada perutnya yang hancur.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Tertarik nak baca novel bertemakan rompakan ala-ala Robin Hood versi Melayu? Baca je novel Sabotaj. Confirm korang akan terkejut. Boleh klik dekat https://bit.ly/SabotajMahakarya


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply