Angkasa lepas ini penuh dengan misteri, adakalanya apa yang dikaji para saintis hari ini hanyalah sekelumit berbanding apa yang tidak diketahui di luar sana. Dan ini termasuklah satu soalan yang menghantui ramai berkenaan jiran bumi, planet Marikh. Ramai tertanya-tanya apakah wujud kehidupan di planet tersebut. Soalan ini menggamit minat ramai dalam dunia sains fiksyen hingga menjadi inspirasi kepada lagu, siri televisyen dan filem seperti lagu David Bowie, Life on Mars dan drama radio yang diadaptasi dari novel H.G Wells, War of the Worlds.

Pada tahun 1877, seorang ahli astronomi bernama Giovanni Schiaparelli menghalakan teleskopnya ke planet merah itu dan merasakan beliau sudah menemui satu dunia yang berbeza. Dalam pemerhatiannya, Schiaparelli percaya beliau melihat laut dan benua pada permukaan Marikh. Beliau turut menerangkan kewujudan terusan atau canalis dalam Bahasa Itali (selepas disiasat merupakan ilusi optik). Penggunaan perkataan canali/canal/terusan ini bikin minda orang ramai teruja kerana ia memberi petanda ia dibina oleh makhluk yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran. Dan ini membawa kepada pencarian kehidupan Marikh yang bermula pada abad ke-19 dan berterusan sehingga ke hari ini.

Dalam jurnalnya pada tahun 1893, Schiaparelli menimbang kemungkinan bagaimana sesebuah planet boleh menampung kehidupan dan ia dipengaruhi oleh jarak dari matahari. Beliau menulis, “Semua harapan kita kini tertumpu kepada Marikh sebagai satu-satunya planet yang boleh menampung kehidupan ke satu tahap seperti yang kita akan lihat sekarang. Harapan ini semakin bertambah sehingga ke tahap ghairah teramat dalam kalangan sesetengah selepas memeriksa planet mempunyai beberapa perubahan dan sebuah sistem yang mempunyai konfigurasi misteri, di mana ia boleh disimpulkan sebagai kerja makhluk bijak dan bukan sesuatu yang bersifat semulajadi.”

Percival Lowell menambah dalam bukunya, ‘Mars as the Abode of Life’ selepas membaca jurnal-jurnal Schiaparelli bahawa tamadun Marikh membina terusan dari kutub ke wilayah khatulistiwanya untuk mengangkut air. Untuk beberapa dekad berikutnya, pelbagai artikel berkenaan Marikh dari pelbagai majalah sains timbul dan ada sesetengah mencadangkan pelbagai cara untuk berhubung dengan Marikh. Ada mencadangkan guna cermin besar untuk memantulkan cahaya matahari ke Marikh, memasang sistem kain hitam di Gurun Sahara untuk menghalang pantulan cahaya dan memberi isyarat kepada mereka atau memasang pelbagai jenis lampu elektrik untuk menghasilkan isyarat.

Kemudian Nikola Tesla, seorang pencipta pintar berketurunan Serbia-Amerika mendakwa menerima mesej radio dari Marikh tetapi kajian-kajian kemudian mendapati ianya gelombang radio yang dihasilkan dari awan gas angkasa lepas. Sementara pelakon terkenal Orson Welles menakutkan pendengar dengan menceritakan semula kisah ‘War of the Worlds’ di radio sehingga membuatkan mereka percaya makhluk asing dari Marikh sudah mendarat di New Jersey. Semasa Perang Dingin pula, Marikh menjadi tumpuan jentera propaganda Barat terutama Amerika Syarikat di mana makhluk asing yang akan menyerang Amerika berpegang kepada fahaman komunis.

Tetapi semua imaginasi liar berkenaan Marikh ini terhenti selepas Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menghantar misi Mariner 4 ke Marikh. Berdasarkan imej pertama yang dihantar Mariner 4 ke bumi dari Marikh, imej wujudnya sebuah tamadun maju hanya satu ilusi dan tiada bukti kewujudan hidupan di situ. Kemudian pada tahun 1976, NASA menghantar misi Viking ke Marikh untuk mencari sebarang tanda kehidupan di sana termasuk yang bersaiz mikro. Misi tersebut dianggap gagal dan semua gambar yang dihantar menunjukkan Marikh hanyalah sebuah planet tandus. Namun jika ada mengatakan tiada langsung hidupan di Marikh perlu bersabar seketika. Ini kerana pada tahun 1996, sebuah meteorit yang dipanggil ALH84001 mengandungi kesan bakteria primitif planet tersebut. Walaupun ada yang berhujah ia mungkin wujud selepas meteorit itu menghempas bumi, ia secara tidak langsung mengembalikan semula keghairahan mencari kehidupan di Marikh.

Kita semua tahu sebarang hidupan tanpa mengira kecil atau besar memerlukan air. Ini yang mendorong sebarang pencarian memfokuskan kepada kesan kewujudan air di Marikh. Ini mendorong pasukan saintis dan jurutera NASA merancang program eksplorasi baru Marikh untuk mencari air. Ini yang membawa kepada misi Peninjau Global Marikh dan robot Pathfinder pada tahun 1997 kemudian disusuli dengan robot pencari Spirit dan Opportunity. Dan pada tahun 2013, robot peninjau Curiosity mendarat di sebuah tempat dipercayai bekas sebuah tasik purba. Selepas menganalisis sampel dari sedimen dan batu-batan, Curiosity mendapati kawaan tersebut pernah menempatkan air tenang yang mengalir dan mempunyai kandungan kimia yang berkemungkinan dapat menyokong kehidupan di situ.

Figure 1: Robot peninjau Curiosity

Bagi Emily Lakdawalla, editor kanan untuk Planetary Society melihat pencarian kehidupan di Marikh sebenarnya satu ujian untuk menguji teori bolehkah kehidupan wujud di tempat lain dalam alam semesta ini. Beliau berkata, “Mengapa bumi saja yang ada hidupan? Fakta bahawa bumi dan Marikh hampir sama mendorong para saintis tertanya pasal ini. Sekiranya kedua-duanya mempunyai permulaan sama dan mengandungi keadaan yang sama, jadi apakah hidupan itu sebenarnya bermula di Marikh? Jika benar, maka hidupan pasti kelihatan biasa dalam alam semesta ini.”

SUMBER

Niller, Eric. (2018). History.com. Life on Mars? The Search for Signs Goes Back Centuries. https://www.history.com/news/life-on-mars-human-search-for-aliens


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.