Kalau korang pernah tengok kolam air panas Taman Yellowstone di Amerika, saya pasti korang pernah nampak kolam ni berwarna warni. Ada biru ada merah ada kuning. Tapi, dia jadi macam ni bukan sebab dia ada mineral yang banyak air tasik lombong, tapi sebab dia ada kuman purba.

Bila kita sebut kuman, selalunya kita akan terbayang kuman macam virus dan bakteria. Kuman kuman ni kebanyakannya akan mati atau tak boleh hidup bila duduk dekat kawasan ekstrem. Tapi, ada satu kuman ni dia pelik sikit sebab dia suka duduk dekat kawasan ekstrem. Kuman ni bernama arkea. Dulu orang ingat dia bakteria, tapi sebenarnya dia sejenis kuman yang lain dan dianggap sebagai kuman purba. Arkea ni kita akan selalu jumpa dia pada kawasan ekstrem seperti air laut dalam, kawasan yang terlampau masin seperti Laut Mati, kawasan tanpa oksigen, kawasan beku dan sebagainya.

Diorang boleh je hidup dekat kawasan tak esktrem, tapi diorang lagi suka duduk dekat kawasan ekstrem lah senang cerita. Kolam air panas Yellowstone yang terkenal ni, kita panggil dia Grand Prismatic Spring ni antara kawasan yang kaya dengan arkea. Warna merah, kuning dan hijau pada kolam tu terhasil daripada kuman kuman yang melekat pada dasar kolam tu yang kaya dengan mineral. Tengah tengah kolam tu je air warna biru sebab tak ada kuman disebabkan suhunya yang terlalu panas. Disebabkan arkea, kolam air panas Yellowstone ni jadi berwarna warni.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply