Menurut saintis, 1% daripada bunyi statik dekat TV rumah korang tu sebenarnya bunyi Big Bang, bunyi dunia primitif meletup dan mengembang untuk mewujudkan alam semesta kita sekarang.

Statik di TV ni boleh datang dari pelbagai punca. Ada yang datang dari gelombang radio, ada yang datang transistor TV tu, dan ada yang datang dari radiasi latar belakang gelombang mikro kosmik. Daripada radiasi latar belakang gelombang mikro kosmik (cosmic microwave background radiation, CMB) ni la datang bunyi letupan Big Bang tu.

Penemuan ni ditemui bila dua orang ahli fizik tengah cuba bina antena radio yang sangat sensitif untuk mengesan satelit belon. Diorang perasan, walaupun dah buang semua jenis pencemaran radiasi dari radio, dan buang sarang dan tahi burung dari antena tu, diorang masih dapat kesan ada satu jenis radiasi gelombang mikro yang bukan datang daripada satelit belon tu.

Lepas beberapa siri kajian dan perjumpaan dengan saintis astrofizik yang lain, rupa rupanya radiasi gelombang mikro tu tak datang daripada radio atau dari bumi, bukan juga dari galaksi kita, tapi dari segenap penjuru angkasa lepas. Semasa fasa awal dunia, alam ni masih merupakan satu singulariti yang padat. Bila singulariti ni ‘meletup’, maka ia mewujudkan alam dan angkasa lepas yang kita kenal sekarang dan terus mengembang.

Hasil daripada letupan ni, alam mula menyejuk dan membenarkan atom terhasil. Disebabkan benda ni, radiasi gelombang mikro ni pun wujud, dan kita kenal dia sekarang sebagai radiasi latar belakang gelombang mikro kosmik. Dua orang saintis yang jumpa radiasi purba ni, Arno Allan Penzias dan Robert Woodrow Wilson akhirnya memenangi Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1978 disebabkan penemuan ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply