Ini agak menarik sebenarnya sebab selama ni saya ingat Hikayat Merong Mahawangsa ni cuma kisah dongeng. Watak Merong wujud, tapi kisah pengembaraan tu dia sadur dari Ramayana. HMM ni cerita pasal putera raja Rom nak kahwin puteri raja China tapi kena culik dengan garuda. Jadi, putera Rom, Merong dan burung Jentayu (saudara garuda) pergi cari garuda nak bantai dia.
Jadi saya ingat ni kisah dongeng lah sebab nampak ketara saduran Ramayana dalam cerita tu (burung Jentayu, isteri kena culik musuh). Benda ni sampailah saya terbaca Rekod Lama Han dari China.
Dalam Rekod Lama Han, diorang takde catat pasal putera puteri nak kahwin ni, tapi diorang ada catatan duta Rom jumpa duta Han. Duta ni lalu jalan laut sebab nak elak kena blok dengan Parsi yang tak suka Rom jumpa Han terus. Puncanya sebab Parsi ni middleman diorang dua, jadi kalau dua dua buat trade secara direct, melingkup la bisnes Parsi. Jadi duta Rom guna laluan laut yang semestinya akan lalu Selat Melaka dan mungkin mendarat di Kedah Tua.
Dia yang jadi menarik bila catatan tu sebut nama raja Rom tu yakni ‘Anton’. Dalam sejarah Rom, raja yang nama macam tu ialah anak beranak Antonius Pious dan Marcus Aurelius (Marcus Aurelius Antoninus) yang wujud sekitar abad ke-2 Masihi. Usia pentarikhan Sungai Batu sekarang berapa? Sekitar 200 – 400 Masihi (788 Sebelum Masihi dah tak dipakai). Lepas tu orang Parsi waktu tu menganut agama Majusi. Simbol agama Majusi ialah Ahura Mazda, manusia berbadan helang besar macam garuda.
Jadi kalau saya susun HMM dan Rekod Lama Han ni, dia akan jadi macam ni:
Duta Rom (putera Rom) nak jumpa duta Han (puteri China) tapi kena blok dengan Parsi (burung garuda) pada tahun 200 Masihi (usia tarikh Sungai Batu).
Haa, dah pening jadinya! Nak kata kisah dongeng, tapi masalahnya Rekod Lama Han ni dah macam membenarkan HMM dah cuma HMM ada pusing dan tokok tambah sedikit. Ini hanya pendapat sahajalah. Nak tahu betul ke tak kita kena buat kajian menyeluruh lagi macam baca catatan purba yang lain dan cari bukti arkeologi. Tapi, catatan Cina ni secara tak langsung memberi petunjuk bahawa kisah HMM ni barangkali berdasarkan peristiwa sebenar zaman dahulu semasa awal penubuhan Kedah Tua dan Langkasuka, dan juga maharaja Rom yang disebut dalam hikayat tu berkemungkinan besar ialah Marcus Aurelius.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih